Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, December 8, 2010

Nak beli kapal lagi????

TF dengar menteri pertahanan nak cadang beli pesawat tempur baru.

Tak tau lah berapa?

TF bukan nak tau harga pesawat tempur tu, tapi nak tau berapa banyak komisen yg org tengah dapat.

Satu lagi projek Barisan Nasional

Tuesday, December 7, 2010

Ma'al Hijrah 1432


Sempena ma'al hijrah, marilah kita bersama2 meningkatkan ketaqwaan kita. Semoga kita dirahmati.

Biasalah asal saja tahun baru mesti ada azam.

Apa azam TF?

TF berazam untuk berhijrah dari kerajaan sekarang ke kerajaan baru.
Marilah kita bersama2 berhijrah.....

Siapa yang menipu?

ALAMAK!!!!

TF TERTIPU......

KANTOI..... KALAU MENTERI TU ADA MARUAH, MINTA MAAF JER LAH DENGAN RAKYAT....

TF SEDIA MEMAAFKANNYA. TAPI SENTIASA INGAT SETIAP KALI ISI MINYAK YANG TF TERKENA "PANGGILAN HANGIT"..........

Monday, December 6, 2010

buat akta tapi tak faham.... bangang tahap gaban

TINDAKAN UNISEL BENARKAN PENUNTUT BERDEMONSTRASI DITELITI – berita hairan

Kementerian Pengajian Tinggi sedang meneliti tindakan Universiti Industri Selangor (Unisel) membenarkan penuntutnya menyertai demonstrasi membantah kenaikan 37 peratus tarif air Selangor di Masjid Negara hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Radin Umar Radin Sohadi berkata, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) melarang mahasiswa menyertai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh parti politik.

Namun jelasnya, golongan mahasiswa boleh menyertai sesuatu demonstrasi sekiranya ia dianjurkan oleh sesebuah kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

"Buat masa ini, kita masih lagi belum tahu perinciannya (pembabitan pelajar Unisel) dan kita akan sandarkan perkara itu sama ada ia selaras atau bercanggah dengan Akta 555.

nota;

Sepanjang TF jadi mahasiswa dulu, sewaktu orientasi awal2 lagi ditakutkan oleh akta ini.

Apa mereka kata?

Mereka kata siapa kata auku menyekat mahasiswa berpolitik? itu pembangkang kata.

Yang sebenarnya mahasiswa boleh berpilitik dengan kebenaran NC.

NC unisel telah bagi lampu hijau, jadi apa masalah. itulah mereka tengah kaji. Pasal orang ramai tak tau pasal klausa dalam auku.

Jadi mereka kaji jer lah. Mahasiswa Unisel tak salah kerana mereka telah mendapat kebenaran NC.

Inilah cara nak tipu orang yang tak tau.

kah...kah..kah..ingatkan 200000, rupanya 200

Tidak timbul soal Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) gagal menghimpunkan ramai penyokongnya bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi dakwaan penyelewengan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka semalam adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai.

"Matlamatnya bukan kuantiti, tetapi (berhimpun) untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Itu objektif utama. Dan kita mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan kita mengikut undang-undang.

"Itu bukan soalnya (gagal menghimpun ramai penyokong), sebaliknya bergantung kepada objektif... Tujuan kita untuk menyampai memorandum tercapai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hamidzun mengulas hanya kira-kira 200 penyokong Gaps yang berpakaian hitam berhimpun di stadium tersebut untuk berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum itu walaupun hasrat awal mereka menghimpunkan sebanyak 2,000 peserta.

nota;

ini namanya syok sendiri.....

malas nak post demo baju merah.

Bukanya apa, terlalu banyak orang, tak terkira...

rakyat boleh fikir, mana satu untuk rakyat dan mana satu syok sendiri...

lawak betul lah.. kah...kah..kah

Khir Toya didakwa.

Mengikut pemerhatian dan pandangan peribadi TF daripada kes-kes berprofil tinggi sebelum ini, yang akan terjadi;

1. Kes ini akan mengambil masa 6-7 tahun atau lebih.

2. Para saksi akan tukar keterangan di saat2 akhir

3. Masalah teknikal daripada Jabatan AG akan berlaku kecacatan.

4. Akhirnya akan dibebaskan.

5. Jabatan AG tidak akan memohon rayuan.

Begitulah kronologi yang akan berlaku berdasarkan kes-kes berprofil tinggi.

Sedangkan Razak Baginda boleh lepas, inikan pula Khir Toyo. Mesti boleh. Malaysia Boleh!

Sunday, December 5, 2010

Kenapa perhimpunan jadi haram?

Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhimpun,

Tapi kenapa perhimpunan jadi haram?

OOOOOIC tak de permit rupanya!

Kalau minta permit agak2 boleh dapat ke?

LU PIKIR LAH SENDIRI..................

nota;

dengar cerita kumpulan baju hitam seekor pun tak kena tangkap,

Tapi kumpulan baju merah berpuluh2 kena tangkap.

kenapa ya?