
Dalang sebar maklumat salah kapal selam KD TAR-berita harian
BATU PAHAT: Kementerian Pertahanan mengesyaki mereka yang terbabit dalam kerja penyelenggaraan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), menjadi dalang isu pendedahan maklumat tidak tepat berhubung aset pertahanan negara itu. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata
pendedahan mengenai status kapal selam yang diperoleh daripada sumber
maklumat dalaman itu, bertujuan
mensabotaj kemampuan pertahanan
negara. “Ada pihak yang dipercayai cuba merendahkan kemampuan pertahanan negara, walaupun menyedari ia sebenarnya berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi.
“Saya tidak berniat untuk menuduh sesiapa, tetapi
mengesyaki ada kemungkinan
maklumat itu
diperoleh daripada pihak yang diberikan kerja penyelenggaraan aset pertahanan berkenaan dan kemudian
membocorkan kepada pihak lain.
“Dalam
perjanjian antara pihak terbabit, mereka
tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenainya kepada pihak lain. Mereka yang
membocorkan rahsia ini adalah pengkhianat dan
penderhaka negara,” katanya.
Ahmad Zahid berkata,
kerosakan pada alat atau aset pertahanan adalah
perkara biasa dan menjadi tanggungjawab syarikat pembekal untuk membaiki atau menggantinya.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan KD TAR mengalami kerosakan dan tersadai di pangkalan TLDM sejak tiba di Teluk Sepanggar, Sabah dari Toulon, Perancis, September lalu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
mmm...mmm
Pendedahan apa yang menyebabkan dilabel sebagai penderhaka negara?mmm...mmm
Adakah kerana hanya menyatakan kapal selam tidak boleh menyelam?mmm...mmm
Oppssss! terlupa pula ada perjanjian yang tidak boleh sebarkan tentang kerosakan.oic....