Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Thursday, January 13, 2011

ADUN pembangkang selangor gigit jari?

ADUN S'gor dapat peruntukan RM1 juta

Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.

nota;

TF sokong! Kenapa MP PR tidak dapat peruntukkan yang sama dengan BN. Sekarang kamu rasalah balasan dari kerajaan selangor pula.

Nampak sangat BN busuk hati menghukum rakyat yang tidak mengundi mereka. Kerajaan selangor bersedia untuk beri kepada ADUN BN sekiranya mereka melakukannya dahulu kepada MP PR