Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, September 1, 2010

TF rasa tertipu. Masa sekolah dulu TF belajar sejarah Malaysia lain daripada maklumat sekarang.

Setelah difikirkan secara logik, betul juga maklumat itu. Persoalan pertama. KMM memperjuangkan kemerdekaan dan dianggap berhaluan kiri kerana menggunakan kekerasan serta telah diharamkan.

Kemudian muncul UMNO yang langsung tiada kekerasan dan secara rundingan telah mendapat kemerdekaan. Secara logiknya, british hanya akan beri kuasa kepada sesiapa yang dapat menjaga kepentingan british di tanah melayu.

Kalau TF jadi british sorry la nak bagi KMM kuasa untuk merdeka. Tak da maknanya perjuangan kemerdekaan tanpa tumpahan darah.

Yang ada tumpahan darah pun pasal berperang dengan komunis. Kalau UMNO ada hunus keris lawan british baru ada cerita. Ini rundingan je.

Apalah PERJUANGAN yang mereka laungkan. Mereka hanya layak untuk laungkan RUNDINGAN.

Kad kredit oh Kad kredit

Ramai kawan2 yang ada 3-4 kad kredit telah menamatkan kad2 mereka kerana kena bayar gov tax RM50.

Kalau org kaya tiada masalah. Tapi kalau macam aku yang makan gaji, berat juga tu. Nasib baik la org kampung x pakai kad.

Berwaspada bila pakai kad, nanti memakan diri. Ingat bunganya. kalau setakat 1%, tak apalah tapi 18%.

Setiap tahun bank akan umum keuntungan sebelum cukai berbillion2.

Setiap tahun juga kita dengan kawan2 kerja bank dapat bonus 6 bulan gaji.

Itu semua hasil bunga2 yang kita bayar.

BOLEH KAH KITA HIDUP TANPA HUTANG??????

Headline tak sama dengan gambar

Cuba perhatikan 'sampah' disebelah.

Perkara pertama yang kita baca ialah

MALAYSIA TERUS DIHINA

Kedua, mata akan tertumpu pada gambar.

Persoalannya, adakah editor itu sengaja memanipulasikan keadaan? atau secara kebetulan?

Ini boleh mengelirukan para pembaca. Tapi tak apalah, yang penting aku tidak keliru.

Yang aku faham, YB tu nak bagi derma. Tak kesah lah agama apa pun. Yang komplain YB Islam, Kenapa tak suruh YB Islam tu yang derma dulu?

Sepatutnya headline itu berbunyi begini

KE MANA HILANGNYA YB ISLAM?

Perkara biasa jadi luar biasa

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

FAKTA FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA


MERDEKA :

laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan.

lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946.

KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu


MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH:


ini bohong. ini tipu besar. ini lebong.

parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi
yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas
mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka.

kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur
di hutan pahang.

kalau tak percaya tanya dj radio stesen china yang baru kena buang itu.
arwah emak dia angkat senjata.

ini perang kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan
great britain. sila rujuk buku sejarah. jangan malas membaca.

SINGAPURA:

singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. nama lamanya temasek.
sama seperti pulau pinang , langkawi, pulau babi besar,
pulau bidong, pulau kapas dan pulau pulau yang lain di semenjanjung

parti komunis, parti buruh, parti rakyat, dan pas - menentang malaysia
kerana ini adalah projek british.

parti parti ini menentang singapura masuk malaysia kerana ini kerja bodoh.
tidak mungkin pulau pinang masuk malaysia atau pulau bidong masuk malaysia.
singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. pulau ini sebahagian dari johor.


31 OGOS HARI APA ?

31 ogos bukan hari malaysia. ini hari cuti umum untuk bangun lambat.
16 september ialah hari malaysia – sila tanya warga sabah dan serawak.

SABAH DAN SERAWAK

tidak ada pertalian sejarah dan budaya dengan tanah melayu. sila rujuk
sejarah melayu – tidak ada langsung disebut sabah atau sarawak dalam kitab ini.

LAGU NEGARA KU

lagi ini di ciplak dari lagu TERANG BULAN lagu indonesia.
ketika konfontasi 1963 – bung karno memainkan lagu terang bulan ini
di radio republik indonesia. lagu terang bulan ini berasal dari lagu peranchis
memula moon.

JALUR GEMILANG

ini juga di ciplak dari bendera amerika. motif bendera ini tidak ada
langsung kaitan dengan sejarah negara bangsa.

motif nusanatra ialah merah putih – motif ini adalah kesinambungan sejarah
sri vijaya dan langkasuka. contohnya bendera indonesia, singapura dan bendera united malays national organisation sendiri – mengguna kan motif ini.


HAKIKATNYA:

generasi muda wajib mengetahui dan membetulkan sejarah.

lagu nasional baru wajib di garap
bendera baru wajib di garap

lagu dan bendera baru ini wajib melambangkan pensejarahan negara
bangsa di bumi melayu bukan ciplakan yang menjadi kemarahan
orang lain.