Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya SESB

Untuk kesekian kalinya, tempat TF tiada leterik. Bikin panas betullah. Sepanjang Hari Raya ni, setiap hari mesti bekalan leterik terputus.

Syabas SESB kerana telah 'menceriakan' kami satu kampung.

Saya cadangkan supaya kakitangan SESB diberi bonus RM 10 000 tapi 10 000 kali bayar.

Terimalah bonus daripada kami yang tersiksa kepanasan.

PANAS ooooooo PANAS ooooooooo PANAS

Siapa mau lekas jadi kaya mari sama saya

Senarai harga belian tokek.

400 g - 440 g = RM 1.2 Juta
500 g - 600 g = RM 5 Juta
600 g - 700 g = RM 10 Juta
700 g - 800 g = RM 15 Juta
800 g - 900 g = RM 20 Juta
900 g - 1000 g = RM 33 Juta



TF dapat maklumat ni dari ISA. Perhhhh Kaya gila kalau dapat jual tokek.

Mana nak dapat Tokek?

Rupanya pasal air paip bocar

Kerajaan Negeri Bantu 3 Keluarga Saman Syabas RM 2.2 juta

Tiga keluarga yang sengsara selepas kediaman mereka dan orang tersayang maut dikambus tanah runtuh dua tahun lalu memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, kerana kerja-kerja penyelenggaraan paip yang cuai hingga menyebabkan bencana di Bukit Antarabangsa.

Setiap satu keluarga memfailkan menuntut pampasan antara RM1.5 juta hingga RM2.24 juta terhadap syarikat milik Tun Rozali Ismail itu.Turut disaman hari ini adalah pemaju, Superview Development Sdn Bhd.

Peguam Nurashikin Mansoor mewakili Datuk Amanullah Mohamed Yusof, Harveen Kaur dan Tanarajah Kanagaratnam memfailkan permohonan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mangsa mendakwa pemaju dan Syabas gagal mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan di cerun bukit, yang runtuh dan menghancurkan 14 buah rumah.

5 orang maut, termasuk isteri Thanarajah, manakala lapan lagi dipercayai tertanam hidup-hidup.


Mangsa berpendirian Superview sedia maklum atau sepatutnya sedar bahawa tanah cerun Blok 13 dan 16 di kawasan pembinaan tidak stabil kerana ia didirikan diatas kambusan tanah runtuh Highland Towers 1985.

Manakala Syabas dituduh gagal menyelenggarakan sistem perpaipan air dengan baik, menyebabkan ia bocor dan air bergenangan dalam tanah atau cerun di kawasan kejadian.

Tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan laporan siasatan sulit yang menemui paip air bocor milik Syabas adalah penyebab bencana tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.

Tan Sri Khalid berikrar bahawa kerajaan negeri akan membiayai kos perundangan penduduk Selangor yang menanggung kerugian akibat tanah runtuh, khususnya warga Bukit Antarabangsa.

"Kita telah capai persetujuan, dimana kita akan bentuk jawatankuasa dan kami akan menyediakan peguam supaya perbincangan dapat dijalankan bersama kerajaan negeri," kata Khalid seperti yang dilapor bernama 6 Mac lepas.

Setiausaha Politik kepada menteri besar, Faekah Husin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok mengesahkan perkara ini.

"Kita dah memastikan FIAT dilakukan dan melantik mana-mana peguam mangsa hendak lantik. Kerajaan negeri akan menanggung semua kos dan kita tinggal menunggu mereka menyerahkan salinan saman yang mereka failkan dan kita akan keluarkan FIAT," kata Faekah.

"Kita akan tanggung semua kos perundangan dan peguam yang mereka (mangsa) lantik," kata Faekah.

"Ini hak penduduk untuk saman Syabas. saya harap dengan insiden ini pihak Syabas lebih berhati-hati dan menyemak paip yang ditanam ini dan mengkaji ada pembocoran berlaku di sana sini. Ini untuk menjamin para pengguna air dan keselamatan pengguna," kata Teresa.

"Kerajaan selangor prihatin terhadap kesengsaraan penduduk selangor. Menteri besar dan Exco Selangor telah pergi ke tempat itu dan saya diberitahu beliau (Khalid Ibrahim) banyak meluangkan masa di tempat itu. Ini menunjukkan keperihatinan beliayu terhadap masalah rakyat," kata Teresa.

nota:

Saman je... pasal tak boleh saman PBT. Dorang kebal. Tak boleh dakwa. Ada akta tak adil dalam PBT.

Kalau begitu, PBT boleh sign projek dengan tutup mata je. Pasal ada akta yang backing mereka.

SAMAN? SAMAN? SAMAN?

Dorang banyak ambil utung kat selangor. Ini lah masanya untuk ambil balik duit rakyat. Orang tamak selalu untung?????

Fakta ini dr mana?

Kenyataan Balas Isu Pemasyuran T. Muhammad Faris Oleh Akhbar Utusan Malaysia

Kami di The Kelantan Insider merasa terkejut dengan “kebolehan” akhbar Utusan Malaysia menyiarkan satu laporan yang cukup sensasi pada hari raya yang mulia ini dengan hanya berpandukan kepada kata-kata sumber-sumber yang tidak dikenal pasti.

Sehubungan dengan itu, kami suka mengingatkan akhbar-akhbar tempatan supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab di dalam menyiarkan sebarang laporan mengenai Istana Kelantan, apatah lagi jika laporan itu mempunyai nilai kesensasian yang tinggi.

Tanpa mengira sama ada sesuatu laporan itu mempunyai kebenaran ataupun tidak, akhbar-akhbar tempatan seharusnya mengikuti apa-apa peraturan yang telah ditetapkan di dalam melaporkan sebarang berita yang ada hubung-kaitnya dengan Istana Kelantan.

Pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D’Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.

Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan.

nota:

Baru je PM kata media arus perdana menyiarkan FAKTA. Semua mesti ada FAKTA. Blog tidak guna FAKTA, kalau ada FAKTA pun tidak tepat.

Jadi, ini FAKTA dari mana?

Penipu? Penipu? Penipu?

Cuba lihat jualan akhbar ini, JATUH.. JATUH.. Org tidak percaya sudah. Apa je dari TV, semua tidak ADIL dr segi politik.

Itu semua percubaan menjajah minda rakyat Malaysia.