Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Saturday, April 2, 2011

Boleh masuk maharaja lawak

Video disahkan tulen.

Lawaklah. Siapa yang kata video tu palsu. tiada satu pemimpan pakatan yang kata ianya palsu.

Jangan lah kasi boleh org kampung.

Rakyat mahu tahu;

1. Siapa pelakun yang sebenar.

2. Kenapa tak tangkap org yang menayangkan video lucah?

3. Siapa yang pasang CCTV dibilik hotel? Nak tanya polis, bolehkah pasang CCTV dibilik hotel? kalau tak boleh, siasatlah siapa yang pasang.

Hairan betul, memiliki bahan lucah jadi tak salah pula. Siap boleh ditayangkan lagi.

LAWAK LAH ........ kah...kah...kah......

Tahniah sekali lagi Pak Menteri

Harga Petrol RON 97 naik 20 sen

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

nota;

Kenapa 20 sen jer? Kasi up lagi ler.

Satu lagi projek Barisan Nasional