Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Thursday, July 29, 2010

Pasir Oh Pasir


ADA MATA ..................... LIHAT

ADA TELINGA ............. DENGAR

ADA OTAK .................... PAKAI


FIKIR DAN CARI MAKNA TERSIRAT DAN TERSURAT.

PAYAH NAK FIKIR?

TAK PANDAI MATHS?

TAK PA....

NANTI KITA TANYA BANGAU.

Friday, July 16, 2010

Minyak oh minyak

NASIB BAIK HARGA MINYAK TIDAK DINAIKKAN.....

.............CUMA.....................

DISELARASKAN SAHAJA....... LEGA RASANYA............

PENGGUNAAN BAHASA YANG SANGAT MENARIK DAN DAPAT

MENYEDAPKAN HATI YANG TENGAH PANAS................ AKU TERTANYA-TANYA,

DISELARASKAN TU APA MAKNANYA?........... ADA KENA MENGENA DENGAN KENAIKKAN

KE?................ SAKIT KEPALA OTAK AKU MEMIKIRKANNYA......................

Wednesday, July 14, 2010

Minda

TENANGKAN MINDA ANDA SEBELUM MEMBERIKAN RESPON

APA YANG PENTING?

JANGAN BIARKAN MINDA ANDA DIJAJAH!

Ikan tak jadi masin


".... JADILAH SEPERTI IKAN DILAUT...."

WALAUPUN AIR LAUT ITU MASIN.............

IKAN TIDAK MENJADI MASIN.....................

JANGAN MUDAH TERPENGARUH...............

KITA DIKURNIAKAN AKAL.........................

GUNAKANNYA DENGAN BIJAK..................

Rehat minda


REHATKAN MINDA.....

BEBASKAN MINDA......

JANGAN SAMPAI MINDA ANDA DIJAJAH....

CARI YANG TERSIRAT....

UNTUK MENDAPAT KEBENARAN........

Air lagi.......


Selangor, KL, Putrajaya akan berhadapan catuan air - mkini

Pengguna air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kemungkinan bakal berhadapan catuan air menjelang 2014 sekiranya kerajaan negeri Selangor masih enggan bekerjasama bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, masalah itu sudah tentu akan menimbulkan kesulitan bukan sahaja kepada pengguna individu tetapi juga pihak industri.

"Tentu semua orang tidak suka kalau kita bekalkan air selama 12 jam sehari berbanding 24 jam sebelum ini sebab itu kita perlu pastikan projek berkenaan perlu siap mengikut jadual.

"Ini kerana keperluan loji yang sedia ada di negeri Selangor tidak cukup untuk menampung penyaluran air mentah yang diperoleh dari Pahang. Tidak ada guna bawa masuk air dari luar tetapi tidak mempunyai tempat untuk dirawat dan disalurkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Selangor perlu menyedari bahawa perintah pembangunan yang masih tertangguh sehingga kini perlu dikeluarkan segera untuk projek dilaksana dengan sempurna

AKU CUMA MAU BERFIKIR SEJENAK......... KENAPA IANYA TERTANGGUH?....... DARI ISI TERSIRAT YG AKU DAPAT, MUNGKIN MEREKA TENGAH BEREBUT KONTRAK UNTUK BUAT LOGI............ BAGI SAMA RATA LAH PROJEK TU, WIN-WIN SITUATION LA KATAKAN ....... KAH...KAH...KAH

Tuesday, July 13, 2010

RAMALAN KHURAFAT

SIAPA YANG SALAH BERHUBUNG MASALAH PASIR DI SELANGOR?

SIAPA YANG SALAH BERHUBUNG MASALAH AIR DI SELANGOR?

SIAPA YANG SALAH......................

CUBA TANYA SI PAUL. KAH.. KAH..KAH....

NOTA: SIAPA AGAKNYA YANG PAUL PILIH JIKA DISURUH PILIH BENDERA BN DAN PAKATAN UNTUK PRU 13?

Masalah air


Air S'gor: TPM cuba lindungi Rozali, kata MB -malaysia kini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu hanyalah untuk melindungi kepentingan ketua pegawai eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn Bhd Tan Sri Rozali Ismail.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya dalam satu sidang media di bangunan SUK hari ini.

Tambahnya, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," katanya.

Khalid berkata demikian sewaktu mengulas laporan media yang memetik kenyataan Muhyiddin bahawa negeri Selangor akan menghadapi krisis air serius menjelang 2014.

Dilaporkan, krisis tersebut, bakal berlaku disebabkan pentadbiran negeri masih 'bermain politik' dengan kerajaan persekutuan dalam isu pengurusan air Selangor.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata, Selangor akan memperolehi bekalan air dari negeri Pahang sekiranya masih berada di bawah pentadibiran BN, yang menyetujui kontrak penyaluran air tersebut.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata masalah yang dihadapi dalam industri air Selangor adalah disebabkan usaha penswastaan oleh kerajaan BN sebelum.

Jelasnya, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menguruskan sumber berkenaan.

Katanya, keadaan itu memaksa kerajaan persekutuan memberi pinjaman mudah berjumlah RM302.8 juta kepada syarikat tersebut pada Disember 2009.

"Ini pinjaman tak payah bayar selama lima tahun dan bayar sedikit-sedikit dalam masa 20 tahun. Kemudian, tidak ada faedah dikenakan. Ini bukanlah cara penswastaan yang kita kehendaki," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan Selangor tidak akan menghalang projek penyaluran air dari Pahang.

"Tetapi kita harapkan semua ini dilakukan supaya tidak ada yang dapat keuntungan berlebihan dengan jadi kontraktor kepada projek ini," tambahnya.

-----------------------------------------------------------------------------------

KALAU KITA IKUT ARUS PERDANA, KITA AKAN RASA SELANGOR HANYA BERPOLITIK DAN SENGAJA CARI PASAL.........TAPI.......KALAU KITA BACA DR SUMBER ALTERNATIF, KITA AKAN NAMPAK LOGIK YANG BOLEH DITERIMA AKAL............ AKU TIDAK MAU DIJAJAH MINDA DENGAN MANA2 MEDIA. AKU HANYA GUNA AKAL YANG WARAS.

Monday, July 12, 2010

Anti MC Dogol

JANGAN MAKAN MC DOGOL
SELAMATKAN RAKYAT PALESTINE

ADA ORG KATA JANGAN BOIKOT SI DOGOL PASAL MC DOGOL INI FRANCAIS DGN ORG KITA.

ITULAH CARANYA ZIONIS MENGGUNAKKAN KEBIJAKSANAANNYA UTK MASUK JARUM

TAKKAN MATI KITA TAK MAKAN SI DOGOL

Kapal Selam tidak boleh selam


Dalang sebar maklumat salah kapal selam KD TAR-berita harian


BATU PAHAT: Kementerian Pertahanan mengesyaki mereka yang terbabit dalam kerja penyelenggaraan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), menjadi dalang isu pendedahan maklumat tidak tepat berhubung aset pertahanan negara itu. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendedahan mengenai status kapal selam yang diperoleh daripada sumber maklumat dalaman itu, bertujuan mensabotaj kemampuan pertahanan negara. “Ada pihak yang dipercayai cuba merendahkan kemampuan pertahanan negara, walaupun menyedari ia sebenarnya berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi.

“Saya tidak berniat untuk menuduh sesiapa, tetapi mengesyaki ada kemungkinan maklumat itu diperoleh daripada pihak yang diberikan kerja penyelenggaraan aset pertahanan berkenaan dan kemudian membocorkan kepada pihak lain.

“Dalam perjanjian antara pihak terbabit, mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenainya kepada pihak lain. Mereka yang membocorkan rahsia ini adalah pengkhianat dan penderhaka negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kerosakan pada alat atau aset pertahanan adalah perkara biasa dan menjadi tanggungjawab syarikat pembekal untuk membaiki atau menggantinya.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan KD TAR mengalami kerosakan dan tersadai di pangkalan TLDM sejak tiba di Teluk Sepanggar, Sabah dari Toulon, Perancis, September lalu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
mmm...mmm

Pendedahan apa yang menyebabkan dilabel sebagai penderhaka negara?

mmm...mmm

Adakah kerana hanya menyatakan kapal selam tidak boleh menyelam?

mmm...mmm

Oppssss! terlupa pula ada perjanjian yang tidak boleh sebarkan tentang kerosakan.
oic....