Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Monday, September 13, 2010

Ura-ura Bank Negara

Tadi TF baca berita hairan.

Bank negara bercadang untuk memperketatkan kelulusan pinjaman perumahan.

Kalau sekarang, 90% boleh loan TAPI

dorang cadang 80% jer.

TF hairan betul dengan konsep ekonomi ni. (maklumlah x pernah belajar ekonomi)

Kenapa time gawat jer, semua bunga bank naik giler?

Bertambahlah bilangan bumiputra yang hanya mampu sewa rumah.

Kat KK, rumah sebesar lubang hidung berharga rm300k. Mana ada lagi rumah bawah 300k.

Cuba banyangkan 20% drp 300k = 60k. fuyoooh. mana mau cari 60k cash.

Kalau mau beli rumah murah, beli apartment jer lah.

Apartment ni lagi satu hal. Beli apartment sama macam menyewa juga. Yuran kena bayar. Air harga lain. Semua ni budi bicara pemaju. Check s n p dulu kalau mau beli.

TF sarankan janganlah beli apartment. Menyesal. Kalau salesman promote beli, hang pa cakap U tolong bayar yuran penyelenggaraan lah.

PENING OOOOOO PENING OOOOOOO PENING

Luahan hati seorang insan yg tertindas

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?

Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.

Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

Jom boikot

Wahai warga Malaysia!

Mari kita boikot ramai-ramai.

Kalau tak dapat boikot semua topik,

Sekurang-kurangnya boikot laporan politik yang berat sebelah dan mengampu.

TF rasa dorang mengapu pasal takut tak direnew lesen mereka.

Banyak lagi sumber berita boleh dicari.

Banyak ooooo banyak ooooo banyak ooooo banyak ooooo

MB Selangor tolak bonus

Kesudian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pemberian insentif RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), harus dicontohi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN). Mendapat pujian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, beliau berpendapat pemberian insentif di kalangan pengerusi mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus dihentikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khalid sebelum ini menolak insentif 100 ribu ringgit yang diberi PKNS atas kapasiti sebagai Pengerusi, kerana mahu memulangkan wang rakyat itu kepada kepada rakyat.. Beliau juga melakukan siasatan dan mengarah supaya garis panduan pemberian insentif dirangka bagi mengawal amalan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini. Perbincangan garis panduan akan dibentang pada mesyuarat Exco minggu depan, seterusnya dibawa ke sesi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya takut rakyat marah tapi MB (menteri besar) menolak. Ini dengan tajuk dalam akhbar, Khalid tolak 100 ribu, ini saya rasa very powerful pada saya.

"MB menolak bonus yang diberi selaku pengerusi. Ini langkah yang baik dan saya alu-alukan. Kalau saya pun akan tolak, pada saya ini wang rakyat, harus diberi kepada rakyat," katanya.

Kesudian Khalid Ibrahim memulangkan pemberian insentif ini jauh berbeza dengan amalan mewah yang sebati dengan pentadbiran Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ketika masih berkuasa.

"Kalau dilihat amalan kerajaan lalu, khususnya di bawah Khir Toyo, ini amalan biasa. Ambil RM100,000, RM200,000 pergi shooping (beli-belah) luar negara, bawa isteri, anak dan orang gaji - itu yang saya dengar.

"Itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita begitu prihatin dan membincangkan secara terperindi laporan kewangan dan bentang kepada perbendaharaan negeri dan bawa kepada exco.

"Dalam exco, kami berbincang untuk menguntungkan rakyat, kelulusan akan diberi. Jika merugikan rakyat, menguntungkan beberapa individu dan berkepentingan sendiri tidak akan lulus," katanya lagi.- Raudhatul Jannar Jalidar

nota:

Ini barulah yang boleh dijadikan contoh. Tapi sayang, TF tak dengar pun berita ni kat TV. Mungkin dorang tak tau.

Wahai berita arus perdana! Ingatlah bahawa mati itu benar, akhirat itu benar (macam baca talkin pula).

Wahai berita arus perdana! Tolong publish semua berita yang benar. jangan berat sebelah. Barulah surat khabar kamu laku!

Akhbar arus perdana jatuh merudum

Audit Bureau of Circulations (ABC) melaporkan, edaran akhbar-akhbar arus perdana (MSM) semuanya jatuh kecuali Sin Chew.

Antara 2005 hingga 2009, edaran The Star merudum dari 310,000 kepada 287,000 (-7.4 peratus), the New Straits Times merudum dari 139,000 kepada 111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian merudum dari 204,000 kepada 155,000 (-24 peratus)




nota:


Padan muka kamu. Siapa suruh buat serita berat sebelah. Rakyat pun muak.

Alih-alih selangor buat kerja tak betul.

Alih-alih penang buat kerja tak betul.

Alih-alih Perak je yang buat kerja betul. Hampeh betul.

Itulah kenapa org tak nak beli surat khabar perdana. Pasal mengampu saja.