Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Tuesday, July 13, 2010

RAMALAN KHURAFAT

SIAPA YANG SALAH BERHUBUNG MASALAH PASIR DI SELANGOR?

SIAPA YANG SALAH BERHUBUNG MASALAH AIR DI SELANGOR?

SIAPA YANG SALAH......................

CUBA TANYA SI PAUL. KAH.. KAH..KAH....

NOTA: SIAPA AGAKNYA YANG PAUL PILIH JIKA DISURUH PILIH BENDERA BN DAN PAKATAN UNTUK PRU 13?

Masalah air


Air S'gor: TPM cuba lindungi Rozali, kata MB -malaysia kini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu hanyalah untuk melindungi kepentingan ketua pegawai eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn Bhd Tan Sri Rozali Ismail.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya dalam satu sidang media di bangunan SUK hari ini.

Tambahnya, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," katanya.

Khalid berkata demikian sewaktu mengulas laporan media yang memetik kenyataan Muhyiddin bahawa negeri Selangor akan menghadapi krisis air serius menjelang 2014.

Dilaporkan, krisis tersebut, bakal berlaku disebabkan pentadbiran negeri masih 'bermain politik' dengan kerajaan persekutuan dalam isu pengurusan air Selangor.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata, Selangor akan memperolehi bekalan air dari negeri Pahang sekiranya masih berada di bawah pentadibiran BN, yang menyetujui kontrak penyaluran air tersebut.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata masalah yang dihadapi dalam industri air Selangor adalah disebabkan usaha penswastaan oleh kerajaan BN sebelum.

Jelasnya, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menguruskan sumber berkenaan.

Katanya, keadaan itu memaksa kerajaan persekutuan memberi pinjaman mudah berjumlah RM302.8 juta kepada syarikat tersebut pada Disember 2009.

"Ini pinjaman tak payah bayar selama lima tahun dan bayar sedikit-sedikit dalam masa 20 tahun. Kemudian, tidak ada faedah dikenakan. Ini bukanlah cara penswastaan yang kita kehendaki," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan Selangor tidak akan menghalang projek penyaluran air dari Pahang.

"Tetapi kita harapkan semua ini dilakukan supaya tidak ada yang dapat keuntungan berlebihan dengan jadi kontraktor kepada projek ini," tambahnya.

-----------------------------------------------------------------------------------

KALAU KITA IKUT ARUS PERDANA, KITA AKAN RASA SELANGOR HANYA BERPOLITIK DAN SENGAJA CARI PASAL.........TAPI.......KALAU KITA BACA DR SUMBER ALTERNATIF, KITA AKAN NAMPAK LOGIK YANG BOLEH DITERIMA AKAL............ AKU TIDAK MAU DIJAJAH MINDA DENGAN MANA2 MEDIA. AKU HANYA GUNA AKAL YANG WARAS.