Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Thursday, January 6, 2011

Pelik tapi benar

"Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh ataupun oleh pihak ketiga."

Jadi kenapa Teo boleh mati?

Adakah kerana sakit tua?

Pelik betul. Tunggu setahun tapi dapat jawapan macam ni. Jadi lepas ni apa langkah seterusnya?

TF rasa sampai kiamat pun kes ni tak selesai.

Jangan bagi angkat sumpah

"mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor hanya boleh mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar"

Berdasarkan statement diatas, MB boleh untuk tidak membenarkan SKN untuk angkat sumpah.

Jadi tak payah sibuk2 ikut campur dalam mesyuarat kerajaan dan dewan negeri.

Nanti buat menyemak dan jadi tukang rosak majlis.

Hairan bin ajaib, kakitangan kerajaan seharusnya neutral, tapi tindak tanduk nya seperti menyebelahi pihak lain.

Tahniah YB!

Sebagai pengguna tegar RON 97, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menaikkan harga minyak kepada rm2.40.

Syabas dan tahniah YB.

Semoga Parti memerintah panjang umur pemerintahan dan berlimpah ruah rezeki untuk parti memerintah.

Tapi yang musykil sikit, kenapa bukan pak menteri yang beri kenyataan. Kepala persatuan pula yang umumkan.

Mungkin RON 97 ini bukan barang kawalan. Barangkali lah.

Minyak RON 97 bukan minyak untuk orang kaya, tapi untuk penjimatan dan meningkatkan jangka hayat enjin kereta.