Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Tuesday, January 4, 2011

Bahaya hutang

Orang kata, zaman sekarang kalau tak berhutang jawabnya tak berhartalah.

Setiap org islam percaya dan yakin bahawa riba itu haram. Persoalannya sekarang, siapa yang tidak berhutang?

Rata-rata umat islam di malaysia terlibat dalam hutang. Kereta, rumah malah kahwin pun berhutang.

Walaupun ada perbankan islam tapi kadarnya berdasarkan pinjaman konvensional.

TF dulu buat pinjaman perumahan secara islamik. Waktu tu BLR ialah 5.6. Berdasarkan BLR ini TF diberi 7.2.

Kata mereka kadar ini adalah tetap. Kalau BLR naik, Kadar ini tak naik. Tapi kalau BLR turun, Kadar ini masihh tetap. Jadi dimanakah keadilannya?

Sepatutnya perbankan islam tidak berdasarkan kadar BLR.

Cuba banyangkan TF pinjam 30 tahun 256k. Habis bayar dengan kaedah 'perbankan islamik' berjumlah 768k. Wow. boleh beli 3 buah rumah.

Yang buat sakit hati bila setiap hujung tahun bank umum untung berbillion2. inilah sistem kapitalis. berdasarkan untung maksimum

panas....