Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Sunday, January 2, 2011

Utusan 20 jan 1993

JANGAN CABAR KUASA SULTAN - utusan meloya

''Mereka (pembangkang) derhaka. Jangan cuba mencabar kuasa Sultan Selangor.''
Itu tegas Noh Omar berhubung tindakan biadab pembangkang yang cuba mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap pelantikan Muhammed Khusrin Munawi sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Jelas beliau, apa yang berlaku jelas menampakkan pembangkang hanya tahu menghormati undang-undang jika ia memihak kepada mereka semata-mata.

''Jika tidak memihak dan merugikan, mereka akan tuduh itu tidak adil, ini tidak adil. Bukan sahaja kuasa raja-raja Melayu, polis dan mahkamah juga akan dituduh tidak adil jika apa jua keputusan tidak memihak kepada mereka.

''Inilah sebenarnya perangai pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. PKR, hendak urus parti pun huru-hara, inikan pula hendak tadbir urus negara?

nota;

Jadi yang dulu tu apa?

dulu boleh, sekarang tak boleh.

sekarang sultan tak de kuasa.

sultan hanya dengar nasihat jer.

tak percaya? tengok perlembagaan