Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Monday, November 22, 2010

"berfikir" pun nak kena HARAM?

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.


"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak

Saturday, November 20, 2010

pernah jumpa ic terbelah dua?

"18/11/2010 - Utusan Meloya : Hairan tiga juta (3,000,000) MyKad – Kad Pengenalan bermutu tingggi ROSAK.

Berpandukan berita utama di atas, sudah sampai masanya kerajaan BN menggunakan formula 5R untuk memilih pembekal yang memberi tawaran yang terbaik dalam membeli perolehan Negara di masa akan datang terutama pihak PAKATAN yang akan menerajui Negara selepas PRU13 nanti, Insya’Allah.

1-R = RIGHT QUALITY- pastikan kualiti yang dibekal sama dengan kualiti yang ditawarkan semasa tender2-R = RIGHT PRICE – pastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan /logik /masuk akal dan standard.3-R = RIGHT MATERIAL – pastikan bahan campuran kimia dan adunannya adalah mematuhi piawaian antarabangsa.

4-RIGHT = RIGHT COMPANY – pastikan syarikat pembekal yang akan membekal adalah pengilang yang betul dan telah diiktiraf5-RIGHT = RIGHT COMITEE – Pastikan panel pemilihan adalah terdiri daripada mereka yang arif/bijaksana dan pakar dalam bidang berkenaan serta mereka yang terdiri daripada manusia yang BERINTEGRITI.

Dengan mengamalkan pendekatan 5R di atas, Insya’Allah segala proses pembelian, perolehan, perkhidmatan kepada kerajaan akan TERJAMIN berkualiti dan mampu menjimatkan wang Negara dan wang rakyat."

Friday, November 19, 2010

berita baik untuk mak janda pulau pinang


Berita baik dari Lim Guan Eng, minggu lepas semasa menggulung perbahasan bajet kerajaan negeri PR Pulau Pinang dalam Dewan Undangan Negeri yang bersidang, 'RAKYAT TETAP DIUTAMAKAN' bila Guan Eng mengumumkan yang skim bantuan 100 ringgit program penghargaan warga emas akan dilebarkan lagi.

Dan bermula tahun 2011 golongan ibu-ibu tunggal atau lebih femes sebagai mak-mak atau kak-kak 'JANDA-JANDA' dan juga OKU juga akan berpeluang menerima bantuan skim 100 ringgit yang diumumkan itu.

Sebaik saja mendengar berita itu, ada jiran-jiran gurkah-gurkah politik di'port' yang tergolong dalam golongan 'JANDA-JANDA' yang layak untuk mendapat bantuan ini telah datang kerumah salah seorang gurkah-gurkah politik di'port' ini untuk meminta bantuan bagaimana mahu mendaftarkan diri mereka kedalam program itu.

Seorang janda muda, umur 25 tahun yang namanya Siti berkata jika dia mendapat bantuan itu, boleh lah beli barang-barang keperluan dapur atau beli buku-buku pelajaran untuk anaknya yang berusia 7 tahun.

Gurkah politik di'port' ini boleh dapat rasa kegembiraan di-hati Siti yang bekerja sebagai seorang Jurujual di supermarket, apabila kerajaan negeri PR bersikap bertimbang rasa dan menghargai 'struggles' mereka, walaupun ianya hanya bernilai 100 ringgit namun ia sesuatu yang besar bagi mereka.

Dengan nada seperti seorang Ketua Puteri Siti menambah "..bukan senang tau nak membesarkan anak seorang diri, terutamanya dengan sikap dan persepsi serta diskriminasi masyarakat tentang janda-janda, tetapi sekurang-kurangnya kerajaan PR telah mengiktiraf usaha kami dan anak-anak kami membesar dengan sihat dan baik..."

Seorang daripada rakan Cik Siti ini yang juga seorang janda berusia 35 tahun yang kematian suami dalam satu kemalangan berkata, dengan duit ini boleh lah dia membawa keluar 2 anak daranya untuk makan-makan diluar "...depa misti suka punya..." katanya.

Walaupun 100 ringgit ini bukanlah besar, sebab bagi gurkah-gurkah politik di'port', sekali isi minyak kereta saja pun dah 115 ringgit, tetapi sekurang-kurangnya ia sebagai 'token' untuk menghargai 'JANDA-JANDA' dan OKU dalam mengharungi kos hidup yang tinggi.

" Ini macam 'ang-pow' lah untuk mak-mak janda dan orang-orang cacat dan kurang upaya".

nota:

lepas ni kat tv pengampu akan keluar lah berita 1000 orang mak janda kembalikan wang rm100.

kah...kah...kah...

ini baru betul

PERINTAH HENTI KERJA LANDASAN KERETA API BERKEMBAR DI P. PINANG DITARIK BALIK – mstar

Kerajaan DAP Pulau Pinang menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar selepas kontraktornya, MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC Gamuda JV), memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bahawa selepas menerima jaminan itu Khamis, kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Perai supaya mengeluarkan surat kepada MMC-Gamuda JV bagi memberitahu bahawa larangan itu telah ditarik balik.

Perintah henti kerja itu dikeluarkan Jumaat lepas oleh kerajaan negeri dengan alasan projek itu boleh menyebabkan banjir.

nota;

TF bangga dengan tindakan yang menekan kontraktor untuk kepentingan rakyat.

Selalunya kontraktor diutamakan daripada rakyat.

Terima Kasih YB ......

Thursday, November 18, 2010

Berita tergempar kepada peminat arsenal


Tourism Minister Avraham Hirschson and Arsenal's Keith Edelman
at a press conference at the David Intercontinental hotel in Tel Aviv

Arsenal Football Club has just signed (26th February) a sponsorship deal to promote Israel as a tourist destination.

The £350,000 agreement makes Israel Arsenal's "official and exclusive travel destination." Israel will be featured on digital perimeter boards and 450 high-definition LCD screens at the stadium on game days.[1] The tourism ministry will also have access to the club's official website Arsenal.com, database and magazine to promote Israel as a holiday destination [2]

The televised ads will reach audiences of up to 700 million in an estimated 198 countries. The Israeli Tourism Ministry will also receive intellectual property rights, the use of the team logo and the right to use photos of the team and its players in ads. For an additional fee, Arsenal players will also appear in the ads.[3]

The deal doesn't stop with promoting Israel but actually grants Israel a physical presence in the stadium. The Israeli Tourism Ministry can use the stadium's banquet hall twice a year and can organize an exhibition at the end of the playing season.[3] The stadium will also feature permanent sales tables for t-shirts.[4]

The two-year sponsorship deal begins at the start of next football season in six months' time.

With the world boycotting Israel as a tourist destination Israeli tourism minister Abraham Hirchson admitted employing Ernst & Young financial advisers to help develop a new strategy to entice people to Israel. He estimated that the sponsorship deal will bring in an additional 2 million tourist to Israel annually.[3]

Arsenal's managing director, Keith Edelman at a press conference in Israel explained how Arsenal could help sell apartheid Israel: "We are the largest club in London and have 30 million fans around the world. We are in the forefront of the anti-racism campaign in England and have an excellent brand that can promote any product... we will assist Israel become a more popular destination". He also promised "when we find the time, club representatives and players will come to visit Israel,".[3]

israel laknatullah!!!!!!!

Perutusan CEO Starbuck, Howard Schultz pada 11 Julai 2006 (terjemahan)


Kehadapan Pelanggan Starbuck,

Pertama dan seterusnya saya ingin berterima kasih anda semua telah menjadikan Starbucks menjadi perusahaan besar dengan lebih dari 90000 pekerja, 9700 restoran, dan 33 juta pelanggan seminggu. Tiap latte dan mocchiato yang anda minum di Starbucks memberikan sebuah sumbangan untuk mendekatkan persahabatan antara Amerika dan Israel...

Tanpa anda, para pelanggan yang tercinta, kami tidak akan mampu mencapai ratusan juta dollar per tahun untuk melindungi warga negara Israel dari serangan pengganas dan mengingatkan setiap orang Yahudi di Amerika untuk mempertahankan Israel. Jadi di lain waktu jika kamu ingin minum kopi di Restoran Starbucks, tolong diingat bahwa dengan setiap cawan yang kamu minum di Starbucks, sesungguhnya kamu sedang membantu sebuah misi yang berharga.

Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee Stores

nota;

setiap titisan kopi yang anda minum, begitu banyak juga titisan darah rakyat palastine yang mengalir.

tak mati juga kita kalau tak minum kopi tu.

cerita air dr johor

Seperti yang ditulis oleh Tun Mahathir dalam blognya,perjanjian air antara Johor dan Singapura bakal tamat tahun hadapan.Oleh itu,perjanjian air bagi menjual air 3 sen per seribu gelen sekarang akan dikaji semula.Untuk rekod, 86 juta gelen air sehari disalirkan dari Johor ke Singapura.

Sebagai timbal balik,Johor pula akan membeli air terawat,di mana Johor menjual air mentah dan membeli pula air terawat daripada Singapura dengan harga 50 sen perseribu gelen. Walaubagaimanapun,penjualan air oleh Singapura itu terhad kepada 12 peratus daripada jumlah gelen air mentah yang dijual oleh Johor kepada Singapura.Menurut perjanjian itu lagi,jika air mentah yang dijual kepada Singapura dikaji semula,samada menaik atau menurunkan kadar,Singapura juga akan mengkaji untuk menyemak tarif air terawat yang dijual kepada Johor.Sebagai contoh,jika dalam tempoh konsesi Johor bertindak menaikkan tarif air kepada 6 sen (kenaikan 100 peratus),Singapura akan mula menjual air terawat untuk kos RM1.00.

Begitulah cerdiknya para pemimpin Johor dalam berjual beli.Johor menjual air 3 sen manakala Singapura menjual semula untuk 50 sen atau dalam erti kata lain,Singapura sebenarnya mendapat percuma air,malah diberi pula sebanyak 47 sen untuk air terawat.Samalah seperti penulis ada pisang,lalu diberikan pada Tok Mah.Lalu Tok Mah menggoreng pisang tersebut dan penulis pula membayar upah RM1.00 pula kepada Tok Mah kerana sudi menggoreng pisang,walhal pisang tersebut penulis hanya dapat makan 12 keping manakala 88 keping pisang goreng yang lain dimakan Tok Mah anak beranak.Inilah sifir politik pemimpin UMNO Johor dalam berniaga,malah murid tahun Satu pun pandai mengira untung dan rugi dalam berbelanja.

Katakanlah Johor menjual 1000 gelen air mentah kepada Singapura.Ini bermakna Johor dapat 3 sen.

1000 gelen = 3 sen

Singapura pula menjual air terawat sebanyak 12 peratus daripada jumlah yang dijual pada mereka dengan harga 50 sen.
12/100 X 1000 = 120 gelen

1000gelen = 50 sen
1 gelen = 0.05sen
120 gelen = 0.05X120 = 6 sen

APA MAKNANYA?
Ini bermakna,dalam setiap 1000 gelen yang terjual,Johor mendapat 3sen.Namun,Johor pula akan membeli air terawat sebanyak 12 peratus daripada jualan 1000 gelen tadi.Ini bermakna,Johor akan mendapat 120 gelen sahaja daripada yang dijual kepada Singapura.Malah,Singapura dapat 1000gelen air mentah untuk harga 3 sen manakala Johor mendapat air terawat dengan 120 gelen untuk 6 sen.Ini bermakna,Johor dapat 3sen kerana menjual air,namun perlu membayar 6 sen pula untuk beli dengan jumlah yang lebih sedikit.Siapa cerdik?Singapura atau Johor?Sila tanya wartawan RTM Samad Majid atau TPM Muhyiddin Yassin.

SECARA RINGKASANNYA:

Johor jual air dapat 3 sen.
Johor hilang 1000 gelen dapat 3 sen.
Satu gelen,Johor dapat 0.003sen = duit satu sen 3 keping dibahagi 300 bahagian

Singapura beli air 3 sen.
Singapura dapat 1000 gelen,seterusnya mereka rawat air tersebut.

Johor beli pula air terawat dengan harga 50sen seribu gelen.
Satu gelen = 0.05sen
Tapi Johor hanya boleh beli 120 gelen sahaja.Hendak lagi banyak gelen,jual lagi banyak gelen.

Tapi Johor ini cerdik juga.Mereka telah bertindak menjual air kepada jiran mereka Melaka dengan harga 30 sen untuk 1000 gelen,lebih mahal daripada yang dikenakan terhadap Singapura.Malah,Melaka tidak pula perlu membekalkan air bersih pada Johor.Akhirnya,rupa-rupanya,Melaka negeri majulah yang membayar kos Johor kepada Singapura.Johor berkira dengan adik beradik tetapi pemurah dengan jiran.Inilah yang dinamakan meniaga atas meniaga,yang untung Singapura.

Sepatutnya,Johor tidak lagi perlu membeli air terawat dengan Singapura.Hal ini kerana sepuluh tahun yang lalu,Johor telah diperuntukkan sejumlah wang yang mencukupi untuk mereka membina loji pemprosesan air bersih sendiri tanpa perlu membeli daripada Singapura,namun sehingga kini,Johor masih membeli air daripada Singapura atas sebab yang tidak diketahui walaupun sudah mempunyai lojinya yang tersendiri.Kebijaksanaan terletak pada pembaca untuk menilai berita ini.

Alangkah baiknya jika laporan ini diceritakan oleh Samad Majid,wartawan RTM daripada asyik bercerita kisah kerajaan Kedah yang tidak mempedulikan mangsa keganasan air sedangkan Johor kini terpalit dek isu kecerdikan air.

Alamak! kena batang hidung sendiri

Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.

“Saya tak faham, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat... saya telah melalui banyak perkara dan saya tidak peduli siapa yang berkata demikian, ia menguris perasaan saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan saya bercadang untuk mati di sini,” kata Thanabalasingam.

Veteran tentera berusia 75 tahun itu memegang jawatan tertinggi tentera laut selama sembilan tahun satu bulan sebelum bersara pada Januari 1977 berkata tidak pernah timbul kurang patriotik di kalanagn bukan Melayu dalam mempertahankan negara.

Bagi Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh pula, beliau lebih lantang dalam bidasannya dan menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai “tidak adil, bodoh dan rasis”.

“Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?

nota;

malunya...... kenyataan sediri memakan diri..

kah..kah..kah

Itu pun nak bising ka?

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

nota;

di kota kinabalu bila saja tahun baru cina, hadis shopping kompleks tutup. Ada yang tutup sampai
1 minggu, malah ada yg sampai 2 minggu.

org sabah tak kecoh pun,

nak salahkan aidil adha ke?

Tarif elektrik naik lagi

PENERIMA SUBSIDI TAK JEJAS – berita hairan

Pelaksanaan mekanisme baru tarif elektrik pembayaran FiT bermula 2011.

Pelaksanaan mekanisme tarif pembayaran bagi janakuasa tenaga boleh diperbaharui atau Feed-in-Tariff (FiT) bermula tahun depan yang akan menyebabkan kenaikan satu peratus tarif elektrik di Semenanjung, tidak akan membabitkan pelanggan yang menggunakan elektrik kurang daripada 200 kilowatt atau kira-kira RM40 sebulan yang menerima subsidi kerajaan.

Sumber industri berkata, kira-kira 1.1 juta daripada 7.6 juta pelanggan TNB yang menggunakan elektrik kurang daripada 200 kilowatt sebulan menerusi subsidi kerajaan, tidak akan terbabit dalam penyelarasan tarif itu.

Mekanisme FiT dilaksanakan bagi menampung pembayaran premium kepada individu atau pembekal tenaga bebas (IPP) yang membekalkan elektrik kepada grid menerusi mekanisme itu yang bertujuan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara ini.

“Dana yang dikumpulkan daripada kenaikan satu peratus itu akan diuruskan sebuah badan khas dalam Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) bagi mengelak dana itu dari disalahgunakan,” katanya.

nota;

Gara2 IPP kita kena bayar lebih.
untuk galak guna RE, kenapa rakyat jadi mangsa.
Patut buat perjanjian dgn IPP, mereka kena guana RE kalau tidak kena kompaun.
Ini baru rakyat didahulukan, bukan peniaga didahulukan

Sunday, November 14, 2010

dari rakyat kepada rakyat

100,000 Rakyat Selangor Akan Hantar Memorandum Kepada YDPA

KLANG, 13 NOV: Bagi menyokong 20 meter padu air percuma dan menjamin hak rakyat mendapat air pada harga berpatutan satu memorandum yang ditandatangani rakyat Selangor akan dihantar kepada Yang Dipertuan Agong 5 Disember ini.

100,000 rakyat disasarkan dalam majlis penyerahan memorandum ini yang berarak bermula dari Masjid Negara Kuala Lumpur hingga ke Istana Negara.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata sasaran kerajaan negeri adalah seramai sekurang-kurangnya 100,000 keluarga akan bersama menghantar memorandum tersebut.

Beliau berkata demikian dalam majlis Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah, Klang.

Kerajaan negeri memerlukan sokongan dan komitmen dari ahli-ahli majlis, ketua kampung, ahli-ahli surau dan masjid bagi menjayakan dan mencapai sasaran yang diletakkan.

Borang tersebut boleh didapati di pejabat DUN, majlis daerah ataupun dimuat turun di laman web www.AirUntukRakyat.net.

Siri jelajah kempen kembalikan hak air kepada rakyat akan dimulakan pada 20 November ini di DUN Ijok dan diikuti DUN-DUN yang lain.

Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

Saturday, November 13, 2010

Sapa suruh putar belit?

Kerajaan PAS Kedah dilaporkan mengeluarkan arahan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar
Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini.

Dilaporkan juga, larangan itu ekoran dakwaan terdapat manipulasi berita dan liputan terhadap mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tan berkata, beliau sedih apabila kebebasan media bukan hanya disekat, malah petugas media didakwa berhadapan dengan ancaman dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

nota;

TF nak tanya dgn akhbar arus perdana yg kecil hati kerana tidak dibenarkan membuat liputan.

Pernahkah depa siarkan kebaikan Kerajaan Kedah lakukan? Sebesar kuman pun tak de...

so, ada otak pikir2 lah sendiri

Saturday, November 6, 2010

Hairan.....


Oleh: Pria Malaya

Bukti betapa pemimpin rasis Umno dan medianya sanggup melakukan apa sahaja termasuk melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap lawannya...inilah bahana apabila diri diresapi pemikiran asobiyah yang tidak didasari dengan semangat Islam..

Cuma penulis ingin bertanya, apakah perkembangan isu ini?..

Bagi penulis isu ini isu besar, isu yang mampu mempengaruhi sentimen pengundi Melayu/Islam, dan boleh memberi kesan dan natijah buruk kepada masa depan Pakatan Rakyat...

Seorang pemimpin Umno telah menuduh pemimpin DAP mengkafirkan Umno, dan berita ini tersebar ke seluruh pelusuk tanah air dengan bantuan media talibarut Umno..

Selang beberapa hari, akhbar yang sama telah membuat pembetulan..namun, pembetulan yang dipaparkan seolah-olah melepaskan batuk ditangga..pembetulan atau ralat ini hanya disiarkan pada muka surat tengah dengan ruangan yang sangat kecil..

Persoalan kini, apakah tindakan dan langkah susulan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP?..sedarkah kalian isu ini adalah isu besar yg boleh sahaja menggelapkan masa depan PR?..

Penulis harap ada tindakan susulan dari kepimpinan PR atas isu ini..bangkitkan dan hangatkan balik isu ini..jadikan isu ini sebagai CONTOH kegelojohan Umno dalam menimbulkan isu perkauman..jadikan isu ini sebagai CONTOH Umno dan medianya sering membodohkan penyokong2nya dengan berita yg tidak benar mengenai parti-parti Pakatan Rakyat...fikir2kan...walllahua'lam...

nota;

Kit siang nak saman baru dorang takut, tarik balik, kalau tak kena saman.

Tau takut

Syabas Datuk

Exco sokong hab hiburan malam

SETIU - Pelan yang disusun kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu sektor pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam perlu dilihat secara lebih terbuka.

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said berkata, soal ia mampu menggalakkan budaya Barat menular dan menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial tidak timbul.

“Seperti yang kita maklum, sebelum ini masyarakat kita ada adat dan budaya, orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran kita adalah pelancong asing,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

nota;

Kalau penyakit sosial tidak timbul barangkali rakyat akan dapat dengar tazkirah di kelab malam.

Maka akan timbul lah generasi yang 'bertaqwa'

Syabas Datuk!!!!!!!!!

Friday, November 5, 2010

Tahniah BN

Syabas dan tahniah. Well done!

Khasnya kepada bekas cikgu srk st agnes kerana jadi yb batu sapi.

Apa yang TF harap supaya semua cita2 BN tercapai.

TF hairan macam mana rakyat sabah boleh bagi BN pegang.

Tapi tak apa kerana telah ada kampung wifi kat batu sapi dan galas.

Kepada penduduk batu sapi, banyakkan buka blog, kurangkan tengok berita tv. buka minda besar-besar. Jangan minda tu dijajah.

Fikirlah satu perkara ini.

KENAPA PENDUDUK SABAH NEGERI TERMISKIN SEDANGKAN KAYA DENGAN BALAK DAN MINYAK??????????

Masih ingat slogan pilihan raya umno dulu. SABAH BARU. siap dengan lagu lagi "kami perlukan air, letrik dan jalan raya...... binalah sabah baru"

Masih ternyiang2 lagi lagu tu di telinga TF.

TF tengok masih sabah yang lama, sabah yang termundur dan termiskin.

sudah2 lah tu, cuba bagi peluang org lain, kalau tak bagus juga, tukar lagi.

Tuesday, November 2, 2010

Terima kasih BN

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok (hari ini). Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.

Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

nota;

sebagai pengguna tegar ron 97, TF mengucapkan terima kasih kepada kerajaan barisan nasional kerana telah menaikkan harga minyak ron 97.

dapatlah kami meringankan beban subsidi kerajaan. walaupun sepatutnya kerajaan yang meringankan beban rakyat.

kalau kerajaan rasa kami (penguna ron 97) membebankan kerajaan, tunggu jer pru13.

(Tak sabar nak tunggu pru13)


Monday, November 1, 2010

Lawak dr ketua hakim negara

Tan Sri Azmi, the Chief Justice of malaysia said that the so-called 'Lingam tape scandal' is already an issue of the past and that the video which caught a senior lawyer trying to 'broker' an appointment of senior judges should no longer be deliberated and discussed by the current judiciary because it is more important to look forward than to look back

nota;

macam budak lulusan spm jer yang cakap. lucu betullah

kena batang hidung sendiri

PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

“Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

“Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun,” katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

“Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

“Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram,” katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

“Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

“Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, ” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

nota;

kepada semua kakitangan kerajaan,

sila kembalikan wang gaji anda kerana itu hasil judi.

kalau tak sanggup bagi balik, hantar slip gaji pun boleh..

kah..kah..kah

Kenapa mesti ada 2 set undang2!

TINDAKAN PAS BAYAR PENGUNDI RM250 SALAH, KATA SPR - minsider

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.


RM5 JUTA BINA MASJID DI BATU SAPAI : MUHYIDDIN
– berita hairan

Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah
masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat. "Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah.


AHMAD MASLAN: PPR RM180 JUTA HANYA KOS ANGGARAN - mkini

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan.

Ketua penerangan Umno Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Husam Musa.

"Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.

"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit. (Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.

"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama, kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang

nota;

CUBA CARI PERBEZAAN. MACAM SAMA JER.

KALAU PARTI PEMERINTAH ITU KEWAJIPAN

TAPI KALAU PEMBANGKANG ITU RASUAH

KALAU NAK ADIL,

SURUH SPR KELUAR ARAHAN SUPAYA SEGALA PERUNTUKKAN TAK BOLEH UMUM WAKTU PRK BERLANGSUNG, KALAU NAK UMUM SELEPAS PKR

TAPI TF RASA ITU SEMUA MIMPI

KAH...KAH...KAH.....