
Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.
Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.
Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.
nota;
Kenapa kerajaan tak ambil tindakan susulan. Berita terbaru Lembaga disiplin penguambela dan peguamcara ingin menyiasat linggam.
Sedangkan suruhanjaya diraja telah membuat syor bahawa ada kes.
Hairan betul lah. Macam Filem pula.