Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Monday, December 6, 2010

buat akta tapi tak faham.... bangang tahap gaban

TINDAKAN UNISEL BENARKAN PENUNTUT BERDEMONSTRASI DITELITI – berita hairan

Kementerian Pengajian Tinggi sedang meneliti tindakan Universiti Industri Selangor (Unisel) membenarkan penuntutnya menyertai demonstrasi membantah kenaikan 37 peratus tarif air Selangor di Masjid Negara hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Radin Umar Radin Sohadi berkata, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) melarang mahasiswa menyertai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh parti politik.

Namun jelasnya, golongan mahasiswa boleh menyertai sesuatu demonstrasi sekiranya ia dianjurkan oleh sesebuah kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

"Buat masa ini, kita masih lagi belum tahu perinciannya (pembabitan pelajar Unisel) dan kita akan sandarkan perkara itu sama ada ia selaras atau bercanggah dengan Akta 555.

nota;

Sepanjang TF jadi mahasiswa dulu, sewaktu orientasi awal2 lagi ditakutkan oleh akta ini.

Apa mereka kata?

Mereka kata siapa kata auku menyekat mahasiswa berpolitik? itu pembangkang kata.

Yang sebenarnya mahasiswa boleh berpilitik dengan kebenaran NC.

NC unisel telah bagi lampu hijau, jadi apa masalah. itulah mereka tengah kaji. Pasal orang ramai tak tau pasal klausa dalam auku.

Jadi mereka kaji jer lah. Mahasiswa Unisel tak salah kerana mereka telah mendapat kebenaran NC.

Inilah cara nak tipu orang yang tak tau.

kah...kah..kah..ingatkan 200000, rupanya 200

Tidak timbul soal Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) gagal menghimpunkan ramai penyokongnya bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi dakwaan penyelewengan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka semalam adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai.

"Matlamatnya bukan kuantiti, tetapi (berhimpun) untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Itu objektif utama. Dan kita mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan kita mengikut undang-undang.

"Itu bukan soalnya (gagal menghimpun ramai penyokong), sebaliknya bergantung kepada objektif... Tujuan kita untuk menyampai memorandum tercapai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hamidzun mengulas hanya kira-kira 200 penyokong Gaps yang berpakaian hitam berhimpun di stadium tersebut untuk berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum itu walaupun hasrat awal mereka menghimpunkan sebanyak 2,000 peserta.

nota;

ini namanya syok sendiri.....

malas nak post demo baju merah.

Bukanya apa, terlalu banyak orang, tak terkira...

rakyat boleh fikir, mana satu untuk rakyat dan mana satu syok sendiri...

lawak betul lah.. kah...kah..kah

Khir Toya didakwa.

Mengikut pemerhatian dan pandangan peribadi TF daripada kes-kes berprofil tinggi sebelum ini, yang akan terjadi;

1. Kes ini akan mengambil masa 6-7 tahun atau lebih.

2. Para saksi akan tukar keterangan di saat2 akhir

3. Masalah teknikal daripada Jabatan AG akan berlaku kecacatan.

4. Akhirnya akan dibebaskan.

5. Jabatan AG tidak akan memohon rayuan.

Begitulah kronologi yang akan berlaku berdasarkan kes-kes berprofil tinggi.

Sedangkan Razak Baginda boleh lepas, inikan pula Khir Toyo. Mesti boleh. Malaysia Boleh!

Sunday, December 5, 2010

Kenapa perhimpunan jadi haram?

Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhimpun,

Tapi kenapa perhimpunan jadi haram?

OOOOOIC tak de permit rupanya!

Kalau minta permit agak2 boleh dapat ke?

LU PIKIR LAH SENDIRI..................

nota;

dengar cerita kumpulan baju hitam seekor pun tak kena tangkap,

Tapi kumpulan baju merah berpuluh2 kena tangkap.

kenapa ya?

Kandungan memo air kepada Agong

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Saturday, December 4, 2010

IPP dapat subsidi lebih daripada rakyat?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

nota;

Subsidi rakyat dikurangkan, subsidi syarikat besar dikekalkan

Tapi tak pah lah, TF masih boleh bertahan

Padan muka sapa yg pangkah depa. Korang rasalah kenaikan harga ni.

kah....kah....kahhhhh SUDAHLAH MISKIN, DITINDAS LAGI

Friday, December 3, 2010

Tahniah YB!

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

nota;

yahooooooo.........

TF menantikan komen pak YB

Nanti ada yang cakap, kurangkan penggunaan gula....

Nanti ada yang cakap, naiklah pengangkutan awam....

Nanti ada yang cakap, masak pakai kayu api........

macam-macam lah komen YB...

Yang penting, TERIMA KASIH YB!!!!