Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Tuesday, September 21, 2010

mana royalti?

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

Sunday, September 19, 2010

Judi lagi ?!?!?!?!?!?!?!?!?!

GEORGETOWN 19 SEPT: Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

Beliau menggesa Umno, yang menyokong kuat perlaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka sendiri.

JAWAB SOALAN BERIKUT;

CUKAI ARAK DAN JUDI masuk dalm poket kerajaan. Kerajaan bayar gaji kakitangan kerajaan guna duit apa?

Kalau jawapannya tidak menggunakan duit cukai itu, jadi duit cukai itu digunakkan untuk apa?

Payah nak jawab?

Saturday, September 18, 2010

berapa sumbangan kepada federal

TF tertanya-tanya, berapa sumbangan setiap negeri kepada federal.

Ini sedikit saja yang TF jumpa,

Trans-Borneo Highway yang menghubungi Sabah dan Sarawak bukan lebuhraya sebenarnya. Apa lebuhraya kalau setakat dua lorong? Banyak kali dah bas ekspres dengan bas ekspres bertembung di tengah-tengah jalan. Ya lah, kat Malaya pun ada kemalangan yang sama. Tapi itu berlaku kerana pemandu-pemandu Malaya semua lesen kowtim punya, lebuhraya 8-lorong pun bas boleh bertembung dengan lori. Lepas tu orang Malaya minta lagi jalan dibesarkan supaya tak kemalangan maut. Malaysia pun bagi lagi peruntukkan meluaskan jalan, kalau boleh satu kereta satu lorong.

Sabah dan Sarawak pam berjuta-juta duit ke dalam tabung Federal hasil keluaran gas asli dan petroleum. Borneo hormat syarat-syarat negara Federal. Maka Borneo pun berpuas hati dengan setakat 5 peratus; atau dalam perbandingan matematik kaki-lima Borneo bagi RM100 juta kepada Malaysia, Borneo simpan untuk bekal dia sendiri setakat 5 juta. Setiap tahun pulak tu. Kerajaan persekutuan Malaysia, melalui Petronas, mengagih-agihkan kekayaan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia, termasuk Labuan. Yang pelik nya tu, hampir semua pembangunan bertumpu di Malaya sahaja, siap ada Twin Towers lagi diaorang. Dah Malaya banyak sangat duit, diaorang senang-senang jer buat by-election di sana-sini. Itu duit Borneo tu diaorang guna.

Iya lah, negeri-negeri lain pun ada bagi duit juga kat Federal. Pahang kerja siang-malam banting tulang tapi setakat boleh bagi RM10 juta kepada Federal. Melaka pancing ikan dan pelancong hari-hari tapi boleh bagi setakat RM12 juta jer. Sawah padi di Kedah boleh bagi RM7 juta jer. Sabah dan Sarawak senang-senang bagi RM500 juta setahun.

Kita belum cakap lagi pasal Subsidi. Ada subsidi minyak, subsidi barang-barang terkawal, subsidi makanan, subsidi sekolah dan macam-macam lagi lah subsidi. Bonus Perkhidmatan Awam dan tangga gaji naik dua tiga skala pun ada. Orang Malaya bukan tahu pun dari mana datangnya semua duit tu. Diaorang cuma tahu bedal jer. Lepas tu pandai pulak tunjuk lagak kat orang Sabah dan Sarawak. Malaysia naik angkasa guna duit Borneo, diaorang tahu ke?

Malaya masuk Malaysia

Fakta

1. Sabah dan sarawak masuk malaysia. SALAH. Sabah, sarawak dan malaya masuk MALAYSIA. Ini baru betul.

2. Kenapa malaya tersangat berminat mengajak borneo masuk malaysia?
SIAPA BOLEH JAWAB?
cuba baca di bawah,

Sebelum ada Malaysia, Singapura dah dua kali cadangkan Malaya dan Singapura bergabung buat satu negara – pertengahan 50an dan 1959. Tapi Melayu di Malaya takut. Melayu takut! Sebut sekali lagi, Melayu takut! Takut bukan apa. Cina Singapura campur Cina Malaya, tenggelam Melayu.

Menurut bancian 1960 di Malaya: Melayu 3.460 juta; Cina 2.552 juta; India 700 ribu. Bancian di Singapura pula: Melayu 232 ribu; Cina 1.253 juta; India 140 ribu. Malaya campur Singapura: Melayu 3.6 juta, Cina 3.8 juta. Cina masa itu memang dah kaya raya, ada kekuatan tentera Chin Peng pulak tu. Maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan, kalau Singapura dan Malaya buat satu negara, Malaysia hari ini adalah negara Cina. Islam akan dikulupkan dibawah pengaruh komunis.

Bila tahu Cina tak boleh dah pegang Malaya, Singapura keluar Malaysia 9 Ogos 1965. Sekaligus Melayu menjadi majoriti di Malaysia. Tetapi peranan Borneo dalam politik Malaysia kekal. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, orang Cina sudah jadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1969. Sila rujuk peristiwa berdarah 13 May.

Ha! Lagi Melayu nak sombong kat orang Borneo? Ha! Cetakkan cerita ini dan baling kat muka diaorang. Bagi UMNO baca puas-puas. Sedar diri tu sikit. Cakap kat dia, diaorang tu sebenarnya penakut. Dia jadi berani hanya bila Sabah dan Sarawak jadi geng dia. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, entah apa jadi dengan nasib Melayu.

Friday, September 17, 2010

Kenapa MAIS berdiam diri?

SHAH ALAM 17 SEPT: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari mendedahkan gambar Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan menyerahkan sumbangan cek dalam Masjid Sungai Tengi Selatan yang dipercayai berlaku pada kempen pilihan raya kecil kawasan berkenaan.

Pendedahan itu dibuatnya dalam blog beliau yang turut memuatkan kritikan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) termasuk memuatkan gambar ahli jawatankuasa masjid berpakaian tertera logo Barisan Nasional (BN).

Pada paparan blog bertajuk Umno, Kura-kura dan Perahu, Khalid kesal kerana tiada pihak termasuk Umno yang mendakwa perbuatan ‘Ustaz Kamal’ itu menghina dan mencemar kesucian masjid, sebaliknya cuma berdiam diri.

Khalid turut menyindir ahli parlimen berkopiah dipercayai merujuk kepada ahli parlimen di kalangan Umno, sebagai berdiam diri walaupun terpaksa menerima sumbangan orang kafir kerana ‘sibuk menikmati juadah Aidilfitri’.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi Mais menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" tulis beliau.

Sebelum ini, tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutama di kalangan pemimpin Umno dan BN.

Malah, Mais memberi amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu atas alasan perbuatan berkenaan mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

nota:

Ini boleh mengelirukan rakyat malaysia. sekejap boleh, sekejap tak boleh.

Org yg ada ilmu pengetahuan yg cukup, pasti tau ini memang boleh.

Tapi kenapa dulu macam-macam tomahan dilemparkan?

Pening oooo pening oooooo

Kesian org sabah ni....

Saudara Pengarang,

KETIKA seluruh warga Malaysia gembira menyambut Hari Malaysia pada hari ini, 16 September 2010 dalam suasana hari raya, saya masih berduka dengan sikap rakan kelas satu sekolah saya, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang masih bermegah dengan tradisi membela ‘PATI’, yang merupakan kumpulan paling dominan di Parlimen Silam.

Sebagai anak jati Lahad Datu yang baru berumur sehari ketika Sabah Merdeka membentuk Malaysia pada 16 September 2010 saya tidak mengerti apa-apa. Namun kini ketika umur saya 47 tahun yang saya sambut kelmarin, saya terkesima apabila membaca beberapa artikel Sabahkini.net yang baru dimaklumkan rakan sekolah saya kelmarin.
Betapa hancur dan luluhnya hati saya apabila membaca pendedahan Sabahkini.net berhubung rakan akrab sekelas saya sewaktu bersekolah di SMK Agaseh dahulu yang kini menjadi Ahli Parlimen Silam, yang didakwa membela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); sedangkan suatu waktu dahulu kami membenci semua PATI yang bermaharaja lela di Lahad Datu dan berazam untuk membersihkan PATI jika ditakdirkan diberikuasa suatu hari kelak.

Suatu ketika dahulu, saya terlalu bangga dengan Salleh Kalbi yang berbicara lantang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai ‘Kereta Terpakai’ ketika bercakap di dalam Parlimen dan membincangkan secara jelas pendiriannya berhubung isu PATI dalam program Lambai Limbai di RTM1 bersama Tan Sri Simon Sipaun.

IC palsu di sabah?????

Kepada org sabah,

Siapa yang berani kata PTI di sabah tiada IC?

Yang berselindung dengan IMM13.

untuk pengetahuanm umum IMM13 ialah dokumen untuk warga filipina yang menjadi pelarian, dan malaysia dengan baiknya telah membenarkan mereka duduk di sabah (kinarut)

(Boleh tanya bekas pelajar smk kinarut siapa classmate mereka)

Yang peliknya dokumen ini kalau ridak silap dikeluarkan pada tahun 70an. Kenapa bilangan dokumen ini bertambah dan kenapa nak tanggung biawak hidup?

Siapa yang tidak tahu kinarut pusat syabu? Puncanya pti.

Kepada warga semenanjung yang ingin ke sabah mesti bawa pasport. IC kamu tak laku di sabah (perkara 20). Kalau mau kerja di sini, mesti ada IMM14. (macam sama ja kamu sama pelarian di sabah).

TF malas nak ulas tentang pti di sabah. Kalau kamu nak tau banyak juga pti yang ada ic dan bekerja dengan sektor kerajaan. terutamanya persekutuan.

Kenapa? Pasal waktu minta kerja mereka tak minta surat beranak mak bapa.

Kalau nak masuk kerja dalam kerajaan negeri sabah. Perkara pertama mereka nak lihat ialah surat beranak ibu dan bapa. Kalau tiada, minta maaf la!

Kalau federal pula yang pasti ialah tentera. Mereka minta ic bapa dan ibu. (ada pengalaman masa rotu, pasal ada member yang sangkut)

sektor yang lain TF kurang pasti

sampai kiamat pun perkara ini tak selesai

Kalau tanya org sabah, sekali imbas jer mereka tau pti atau org tempatan.