Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Sunday, September 12, 2010

Rupanya pasal air paip bocar

Kerajaan Negeri Bantu 3 Keluarga Saman Syabas RM 2.2 juta

Tiga keluarga yang sengsara selepas kediaman mereka dan orang tersayang maut dikambus tanah runtuh dua tahun lalu memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, kerana kerja-kerja penyelenggaraan paip yang cuai hingga menyebabkan bencana di Bukit Antarabangsa.

Setiap satu keluarga memfailkan menuntut pampasan antara RM1.5 juta hingga RM2.24 juta terhadap syarikat milik Tun Rozali Ismail itu.Turut disaman hari ini adalah pemaju, Superview Development Sdn Bhd.

Peguam Nurashikin Mansoor mewakili Datuk Amanullah Mohamed Yusof, Harveen Kaur dan Tanarajah Kanagaratnam memfailkan permohonan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mangsa mendakwa pemaju dan Syabas gagal mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan di cerun bukit, yang runtuh dan menghancurkan 14 buah rumah.

5 orang maut, termasuk isteri Thanarajah, manakala lapan lagi dipercayai tertanam hidup-hidup.


Mangsa berpendirian Superview sedia maklum atau sepatutnya sedar bahawa tanah cerun Blok 13 dan 16 di kawasan pembinaan tidak stabil kerana ia didirikan diatas kambusan tanah runtuh Highland Towers 1985.

Manakala Syabas dituduh gagal menyelenggarakan sistem perpaipan air dengan baik, menyebabkan ia bocor dan air bergenangan dalam tanah atau cerun di kawasan kejadian.

Tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan laporan siasatan sulit yang menemui paip air bocor milik Syabas adalah penyebab bencana tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.

Tan Sri Khalid berikrar bahawa kerajaan negeri akan membiayai kos perundangan penduduk Selangor yang menanggung kerugian akibat tanah runtuh, khususnya warga Bukit Antarabangsa.

"Kita telah capai persetujuan, dimana kita akan bentuk jawatankuasa dan kami akan menyediakan peguam supaya perbincangan dapat dijalankan bersama kerajaan negeri," kata Khalid seperti yang dilapor bernama 6 Mac lepas.

Setiausaha Politik kepada menteri besar, Faekah Husin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok mengesahkan perkara ini.

"Kita dah memastikan FIAT dilakukan dan melantik mana-mana peguam mangsa hendak lantik. Kerajaan negeri akan menanggung semua kos dan kita tinggal menunggu mereka menyerahkan salinan saman yang mereka failkan dan kita akan keluarkan FIAT," kata Faekah.

"Kita akan tanggung semua kos perundangan dan peguam yang mereka (mangsa) lantik," kata Faekah.

"Ini hak penduduk untuk saman Syabas. saya harap dengan insiden ini pihak Syabas lebih berhati-hati dan menyemak paip yang ditanam ini dan mengkaji ada pembocoran berlaku di sana sini. Ini untuk menjamin para pengguna air dan keselamatan pengguna," kata Teresa.

"Kerajaan selangor prihatin terhadap kesengsaraan penduduk selangor. Menteri besar dan Exco Selangor telah pergi ke tempat itu dan saya diberitahu beliau (Khalid Ibrahim) banyak meluangkan masa di tempat itu. Ini menunjukkan keperihatinan beliayu terhadap masalah rakyat," kata Teresa.

nota:

Saman je... pasal tak boleh saman PBT. Dorang kebal. Tak boleh dakwa. Ada akta tak adil dalam PBT.

Kalau begitu, PBT boleh sign projek dengan tutup mata je. Pasal ada akta yang backing mereka.

SAMAN? SAMAN? SAMAN?

Dorang banyak ambil utung kat selangor. Ini lah masanya untuk ambil balik duit rakyat. Orang tamak selalu untung?????

2 comments:

  1. bencana ni kerja Tuhan. Ada sebab kenapa Allah turunkan bencana kpd mrk. Sbg Muslim, kita juga kena fikir perkara tersebut.

    Aku pelik knp laporan siasatan terus mendakwa paip air milik Syabas yg menjadi punca segala2nya. Lagi pelik, bila siasatan tersebut disifatkan sbg sulit. Knp? Ada sesuatu yg mahu disorokkan?

    MB Selangor pula kata kerajaan negeri akan tanggung kos perundangan utk saman Syabas. Sampai begitu sekali dendam Khalid kpd Rozali!

    Utk membuat sesuatu projek mestilah semua pihak dpd bhgn tanah, pengairan, pemaju dan kerajaan negeri akan plan dan analisis tapak projek utk diluluskan. Knp pd seawal pembinaan dulu diluluskan? Ini bermakna tpt tersebut selamat.

    Jika paip air bocor, adakah ia adalah punca sebenar @ ia disebabkan faktor tanah dll? Jgn mudah menunding jari sebaliknya ajak semua pihak berunding dgn baik..

    ReplyDelete
  2. Khalid dan Teresa memang suka klu Syabas disaman sebab dendam mrk terhadap Rozali takkan berakhir selagimana Syabas diambilalih oleh Kerajaan Selangor.

    Woi Teresa, puak2 DAP yg salahguna kuasa dan rasuah di Klang ko tutup sebelah mata je! Satu pun ko tak komen. WHY? Ni, sibuk hasut penduduk suruh saman.

    Khalid yg buncit pun tlg jenguk org2 yg tggl kat flat DBKL BTR tu. Sjk ko menang, ko tak pnh jenguk penduduk kat situ apatah lagi nak menjejakkan kaki kat surau area situ.

    Syabas akan tanggung risiko dan berdepan dgn tuntutan saman sebab mrk tau paip bocor bukan faktor utama, malah ada sebab2 lain.

    Khalid dan Teresa saje highlight Syabas krn mahu menanamkan lagi kebencian org pd Syabas.

    ReplyDelete