Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, December 15, 2010

Kontraktor umno pula yang bising

Guan Eng sambut cabaran, dedah nilai kontrak bumi

Kontraktor Melayu mendapat 100 peratus nilai projek Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Raya negeri (JKR) di bawah peruntukan kerajaan Pulau Pinang, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut kenyataannya, kesemua 18 tender JPS yang bernilai RM40.94 juta diperolehi oleh kontrak Melayu.

Manakala 16 daripada 17 tender JKR bernilai RM20.4 juta diperolehi oleh kontraktor Melayu yang membabitkan 98 peratus nilai kontrak.

Ini, tegas Lim, sekaligus menolak fitnah pemimpin Umno dan sekutunya yang mempertikaikan kenyataannya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera.

nota;

dulu selalu dapat kontrak melalui rundingan terus. Sekarang mesti ikut tender terbuka.

TF sudah cakap berkali-kali bahawa segelintir sahaja melayu yang dapat kontrak. Beginilah perkiraannya. Ada 100 projek. 70 kontraktor melayu dapat. TAPI dua tiga kontraktor bumi sahaja yang dapat.

Itulah keburukan rundingan terus. Tender terbuka membolehkan MELAYU bersaing dengan kontraktor MELAYU yang ada 'kabel besar'.

Fikir la sendiri

No comments:

Post a Comment