Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa doktor letak jawatan?

"Daripada jumlah 884 yang meletak jawatan, seramai 757 pegawai perubatan meletak jawatan untuk tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana agensi kerajaan manakala baki 127 lagi mendapat pelepasan dengan izin,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Negara hari ini

nota:

Sudahlah doktor kurang di Malaysia, banyak yang letak jawatan dan buka klinik sendiri.

Satu faktor utama yang dikenalpasti ialah hanya lima tahun syarat untuk kerja dengan kerajaan. Bagilah lama lagi. Jadi Para doktor dapat keselesaan di sektor awam.

Gaji mereka sudah besar dan peluang untuk naik pangkat ke 44 cuma 3 tahun sahaja berbanding sektor awam lain selama 10 thn.

Yang penting bagi keselesaan doktor di sektor awam, baru mereka bertahan. Buat mereka lupa untuk buka klinik sendiri.

Beban kerja yang terlalu berat. Mana ada manusia yang dapat kerja begitu lama. Masuk pukul 7.00 hingga pukul 5.00. Lepas tu sambung on call. Walaupun on call tu dibayar, tapi beban kerja itu membuatkan mereka fobia untuk bekerja di hospital kerajaan.

Mentaliti rakyat malaysia masih lagi beranggapan hospital kerajaan ialah hospital pilihan kedua. Kalau ada duit, pasti rakyat memilih ke klinik swasta.

KENAPA?

Fikirlah sendiri.......

No comments:

Post a Comment