Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Sunday, September 26, 2010

Satu-satunya media tidak dijajah cuba dijajah

Kalau TF diberi pilihan, sama ada percaya media perdana atau blog, sudah pasti TF akan percaya blog.

Sudah lama minda TF dijajah oleh media arus perdana. Meluat lah! Puiiiiiii!

Biarlah dikatakan katak dibawah tempurung daripada mempercayai media berat sebelah.

Sekarang DORANG tengah cari helah untuk buat akta untuk sekat maklumat. TF tak nak minda dijajah lagi. Oleh kerana ada blog lah minda kita boleh berfikir secara KRITIS.

TF dah lama boikot media arus perdana. Mari kita fikir dan TF bagi contoh,

PERNAH dengar .........

Kerajaan Negeri Perlis, Sabah, Sarawak, Johor, N9, Melaka, Terengganu, Perak(selepas dirampas) dilaporkan dengan berita yang tak bagus.

TAPI SELALU dengar......

Kerajaan Penang, Kelantan, Selangor dan Kedah kena hentam khususnya penang dan selangor. Siap dengan beberapa siri. Macam drama TV.

Yang penting TF tak sabar PRU 13. INI KALI LAH!!!!!!!!

Thursday, September 23, 2010

Markah lulus?

http://expet.blogspot.com/

Sistem pendidikan sedang dicabul. Malap masa depan anak Melayu!
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek Sains dan Matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus (passing mark) dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25% sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lepas, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Saya tidak tahu samada polis juga bersubahat kerana kertas peperiksaan ini disimpan di balai polis.

Mampus lah kita macam ni...

Tuesday, September 21, 2010

Tolong konsisten


Beliau berkata institusi agama itu sepatutnya bertindak adil dan konsisten bukan mencampurkan hal-hal agama dan politik dalam melaksanakan arahan.

“Saya sebenarnya tidak kisah jika Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (ADUN Hulu Bernam) berucap dalam ruang solat masjid atau P. Kamalanantan (Ahli Parlimen Hulu Selangor) masuk ke ruang solat masjid untuk sampaikan sumbangan.

“Yang menjadi masalah sekarang adalah Mais, kerana mereka tidak konsisten dan adil.

“Bila membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh tapi bila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pula tiada masalah. Bukankan ini menunjukkan Mais tidak konsisten?” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, sasarannya adalah Mais bukan kedua-dua wakil rakyat BN itu.

mana royalti?

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

Sunday, September 19, 2010

Judi lagi ?!?!?!?!?!?!?!?!?!

GEORGETOWN 19 SEPT: Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

Beliau menggesa Umno, yang menyokong kuat perlaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka sendiri.

JAWAB SOALAN BERIKUT;

CUKAI ARAK DAN JUDI masuk dalm poket kerajaan. Kerajaan bayar gaji kakitangan kerajaan guna duit apa?

Kalau jawapannya tidak menggunakan duit cukai itu, jadi duit cukai itu digunakkan untuk apa?

Payah nak jawab?

Saturday, September 18, 2010

berapa sumbangan kepada federal

TF tertanya-tanya, berapa sumbangan setiap negeri kepada federal.

Ini sedikit saja yang TF jumpa,

Trans-Borneo Highway yang menghubungi Sabah dan Sarawak bukan lebuhraya sebenarnya. Apa lebuhraya kalau setakat dua lorong? Banyak kali dah bas ekspres dengan bas ekspres bertembung di tengah-tengah jalan. Ya lah, kat Malaya pun ada kemalangan yang sama. Tapi itu berlaku kerana pemandu-pemandu Malaya semua lesen kowtim punya, lebuhraya 8-lorong pun bas boleh bertembung dengan lori. Lepas tu orang Malaya minta lagi jalan dibesarkan supaya tak kemalangan maut. Malaysia pun bagi lagi peruntukkan meluaskan jalan, kalau boleh satu kereta satu lorong.

Sabah dan Sarawak pam berjuta-juta duit ke dalam tabung Federal hasil keluaran gas asli dan petroleum. Borneo hormat syarat-syarat negara Federal. Maka Borneo pun berpuas hati dengan setakat 5 peratus; atau dalam perbandingan matematik kaki-lima Borneo bagi RM100 juta kepada Malaysia, Borneo simpan untuk bekal dia sendiri setakat 5 juta. Setiap tahun pulak tu. Kerajaan persekutuan Malaysia, melalui Petronas, mengagih-agihkan kekayaan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia, termasuk Labuan. Yang pelik nya tu, hampir semua pembangunan bertumpu di Malaya sahaja, siap ada Twin Towers lagi diaorang. Dah Malaya banyak sangat duit, diaorang senang-senang jer buat by-election di sana-sini. Itu duit Borneo tu diaorang guna.

Iya lah, negeri-negeri lain pun ada bagi duit juga kat Federal. Pahang kerja siang-malam banting tulang tapi setakat boleh bagi RM10 juta kepada Federal. Melaka pancing ikan dan pelancong hari-hari tapi boleh bagi setakat RM12 juta jer. Sawah padi di Kedah boleh bagi RM7 juta jer. Sabah dan Sarawak senang-senang bagi RM500 juta setahun.

Kita belum cakap lagi pasal Subsidi. Ada subsidi minyak, subsidi barang-barang terkawal, subsidi makanan, subsidi sekolah dan macam-macam lagi lah subsidi. Bonus Perkhidmatan Awam dan tangga gaji naik dua tiga skala pun ada. Orang Malaya bukan tahu pun dari mana datangnya semua duit tu. Diaorang cuma tahu bedal jer. Lepas tu pandai pulak tunjuk lagak kat orang Sabah dan Sarawak. Malaysia naik angkasa guna duit Borneo, diaorang tahu ke?

Malaya masuk Malaysia

Fakta

1. Sabah dan sarawak masuk malaysia. SALAH. Sabah, sarawak dan malaya masuk MALAYSIA. Ini baru betul.

2. Kenapa malaya tersangat berminat mengajak borneo masuk malaysia?
SIAPA BOLEH JAWAB?
cuba baca di bawah,

Sebelum ada Malaysia, Singapura dah dua kali cadangkan Malaya dan Singapura bergabung buat satu negara – pertengahan 50an dan 1959. Tapi Melayu di Malaya takut. Melayu takut! Sebut sekali lagi, Melayu takut! Takut bukan apa. Cina Singapura campur Cina Malaya, tenggelam Melayu.

Menurut bancian 1960 di Malaya: Melayu 3.460 juta; Cina 2.552 juta; India 700 ribu. Bancian di Singapura pula: Melayu 232 ribu; Cina 1.253 juta; India 140 ribu. Malaya campur Singapura: Melayu 3.6 juta, Cina 3.8 juta. Cina masa itu memang dah kaya raya, ada kekuatan tentera Chin Peng pulak tu. Maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan, kalau Singapura dan Malaya buat satu negara, Malaysia hari ini adalah negara Cina. Islam akan dikulupkan dibawah pengaruh komunis.

Bila tahu Cina tak boleh dah pegang Malaya, Singapura keluar Malaysia 9 Ogos 1965. Sekaligus Melayu menjadi majoriti di Malaysia. Tetapi peranan Borneo dalam politik Malaysia kekal. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, orang Cina sudah jadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1969. Sila rujuk peristiwa berdarah 13 May.

Ha! Lagi Melayu nak sombong kat orang Borneo? Ha! Cetakkan cerita ini dan baling kat muka diaorang. Bagi UMNO baca puas-puas. Sedar diri tu sikit. Cakap kat dia, diaorang tu sebenarnya penakut. Dia jadi berani hanya bila Sabah dan Sarawak jadi geng dia. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, entah apa jadi dengan nasib Melayu.