Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Sunday, January 9, 2011

Teringat satu dialog popular

Najib: Jumpa MP bukan hanya untuk p'raya

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perjumpaannya dengan ahli parlimen BN hari ini bukanlah semata-mata sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya.

Sebaliknya, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi politik yang dipelopori beliau, kata Najib dalam sidang media selepas bertemu seramai 105 ahli parlimen berkenaan hari ini.

"Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya itu sebahagian dariapda apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat.

nota;


KALAU 10 TAHUN DULU KAMU BUAT BEGINI MUNGKIN SAYA BOLEH JADI SOKONG KAMU, TAPI SEKARANG SUDAH TERLAMBAT. KAMU YANG BERSALAH DALAM HAL INI. KAMU MEMBESARKAN SAYA DENGAN DUIT PILIHANRAYA. SEGALA APA YANG KAMI MINTA KAMU JANJI SAJA SEHINGGA KAMU BERANI CAKAP BOHONG DENGAN SAYA. BERCAKAP BOHONG UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. TAPI SAYA HANYA CAKAP "TUNGGULAH PILIHANRAYA 13". APA BILA NEGARA SUDAH MAJU, SAYA PERLU BANYAK BENDA TAPI KAMU TIDAK MAMPU. SEKARANG SAYA ADA UNDI UNTUK MENJATUHKAN KAMU SEMUANYA HASIL USAHA SAYA SENDIRI. TAU! SELAMAT TINGGAL BN.

No comments:

Post a Comment