Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Saturday, September 4, 2010

Akta rahsia rasmi 1972

Akta yang sangat bagus untuk melindungi NEGARA. Tapi yang TF hairan, kenapa perjanjian konsesi air pun kena OSA.

Ini bukan nak lindungi negara, tapi nak lindungi diri sendiri. Salah guna OSA sangat serius dan boleh dimanipulasi untuk kepantingan individu.

baca berita dibawah,

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memohon kesnya berhubung tuduhan menipu kerajaan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut peguamnya, Wong Kian Kheong, beliau telah menulis kepada pejabat peguam negara pada 1 September lalu agar supaya memindahkan kes yang didakwa mengikut Seksyen 418A Kanun Acara Jenayah.

Ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, pihak pembelaan juga telah memohon supaya kertas kabinet yang dianggap rahsia dikasifikasikan semula dan salinannya diberikan kepada mereka untuk tujuan pembelaan.

Tiga dokumen dipohon

Tiga dokumen yang dipohonnya itu adalah dokumen mesyuarat jemaah menteri, mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pengangkutan dan mesyuarat jawatankuasa jemaah menteri.

"Merujuk Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972, kami perlukan penjelasan takrif 'rahsia rasmi' dengan merujuk kepada tiga dokumen ini yang tergolong sebagai 'rahsia rasmi'. Saya perlu dokumen ini diklasifikasi untuk membolehkan pembelaan sewajarnya dibuat.

"Untuk sediakan pembelaan, saya juga telah memberitahu pendakwaan bahawa saya perlu menemubual saksi-saksi berkenaan dengan tuduhan utama dan tuduhan alternatif dengan kehadiran pegawai penyiasat," kata Wong sambil memohon satu tarikh sebutan awal dan singkat demi kepentingan awam memandangkan Ling pernah menjadi menteri.

Nota:

agaknya apa jawapan AG?

No comments:

Post a Comment