Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, July 13, 2011

Kempen pakai baju kuning setiap sabtu

BERSIH MINTA RAKYAT PAKAI KUNING SETIAP SABTU -mikini

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.

nota;

Setiap sabtu TF akan pastikan memakai pakaian kuning. Paling tidak pun, seluar dalam kuning atau makan jagung kuning ditepi pantai...

kah...kah...kah.....

Tuesday, July 12, 2011

Seberang jaya menjadi saksi


Wah... Ramainya orang datang dengar ceramah mat sabu. Kenapa utusan kata hanya 300 0rang je yang datang?

Saturday, July 9, 2011

Hari ini dalam sejarah




Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.

Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.






























Friday, July 8, 2011

TELITI MATLAMAT BUKANNYA RETORIK

SEMUA TUNTUTAN BERSIH SANGAT RELEVAN.

WAKTU KEMPEN PILIHAN RAYA, SEMUA MEDIA BERKEMPEN UNTUK BN SAHAJA. CUMA MEDIA ELEKTRONIK SAHAJA HARAPAN PR.

WAKTU KEMPEN, BANYAK DUIT BETERBANGAN UNTUK RAKYAT. INI BUKAN RASUAH KE?

MALAS NAK ULUS YANG LAIN.

BUKA FIKIRAN LUAS2 DAN BERFIKIRLAH SEBAIK-BAIKNYA.....