Betul ke mata aku ni? Perempuan tu bukan marina ke? Anak Tun M.
Sunday, July 10, 2011
Saturday, July 9, 2011
Hari ini dalam sejarah


Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.
Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.
Friday, July 8, 2011
TELITI MATLAMAT BUKANNYA RETORIK
HUKUMAN INGKAR PERINTAH MAKAMAH
Aku rasa MP pakatan tak takut dengan perbutan polis menggunakan mahkamah. Tak hilang pun kelayakan MP.
Lagi pun, banyak lagi tokoh2 pakatan yang boleh memimpin perarakan ini.
BERSIHkan mana2 yang kotor.......
AKTA POLIS VS PERLEMBAGAAN
Untuk makluman semua, di dalam Akta Polis, Seksyen 27 memperuntukan sebarang perhimpunan hendaklah mendapat permit daripada polis, jika tidak ia dianggap sebagai perhimpunan haram.
Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :
- Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.
- Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
- OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
- Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan
Apa yang berlaku di dalam kes-kes yang melibatkan perhimpunan awam ialah, polis sendiri tidak dapat membuktikan berlaku perhimpunan haram. Antara contoh dialog perbicaraan mahkamah yang menjadi bahan jenaka di kalangan peguam adalah sebagaimana berikut;
Peguam : Apakah perhimpunan haram?
Polis : 3 orang atau lebih berkumpula tanpa permit.
Peguam: Baiklah, jika saya bersama isteri dan anak berkumpul sambil menikmata makan malam di dalam rumah, adakah ia haram?
Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram mesti di luar premis.
Puguam : Baiklah, jika saya, ister dan anak berada di luar rumah sambil menikmati makan malam, adakah dikira sebagai perhimpunan haram?
Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram hanya jika terdapat pembesar suara.
Peguam : Baiklah, jika saya, isteri dan anak berada di luar rumah sambil berkaraoke, adakah dikira perhimpunan haram?
Polis : Errr.... ya... eh tidak....
Yang paling nyata, Seksyen 27 Akta Polis ini bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.
(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);
(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.


