Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Saturday, April 2, 2011

Boleh masuk maharaja lawak

Video disahkan tulen.

Lawaklah. Siapa yang kata video tu palsu. tiada satu pemimpan pakatan yang kata ianya palsu.

Jangan lah kasi boleh org kampung.

Rakyat mahu tahu;

1. Siapa pelakun yang sebenar.

2. Kenapa tak tangkap org yang menayangkan video lucah?

3. Siapa yang pasang CCTV dibilik hotel? Nak tanya polis, bolehkah pasang CCTV dibilik hotel? kalau tak boleh, siasatlah siapa yang pasang.

Hairan betul, memiliki bahan lucah jadi tak salah pula. Siap boleh ditayangkan lagi.

LAWAK LAH ........ kah...kah...kah......

Tahniah sekali lagi Pak Menteri

Harga Petrol RON 97 naik 20 sen

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

nota;

Kenapa 20 sen jer? Kasi up lagi ler.

Satu lagi projek Barisan Nasional

Monday, March 28, 2011

Politik bergantung kepada video seks

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu.

“Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.

“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.

“Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

“Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu.

“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.

nota;

Gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah sebaik2nya. Mana yang baik dan yang buruk. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Tuesday, February 1, 2011

Tahniah YB!

RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

nota;

Kenapa 10 sen je? Naiklah banyak lagi. Nanti Malaysia bankrup kata idris jala.

bulan depan naik lagi 10 sen. Setiap bulan naikkan 10 sen kalau setahun dah 1.20 sen.

TF bukan orang kaya tapi pengguna tegar RON97. Nak jaga enjin. Dan lebih jimat.

TF hairan kenapa malaysian tak nak tukar gomen? kalau gomen baru pun tak bagus TF orang pertama yang akan undi untuk tukar. Tapi malaysian penakut. Tak nak bagi peluang kepada org lain.

Percayalah TF boleh jamin penggal pertama pemerintahan mesti dorang buat kerja. Untuk apa? untuk menyakinkan rakyat.

Percayalah.....

Friday, January 28, 2011

Janji no 3

Semasa buku jingga ini dikeluarkan, pak menteri kata negara boleh bankrup.

Tapi hari ini PM kata

"tol konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan persilangan Taman Connaught, di ibu negara ditamatkan."

Ini bererti semasa janji 100 hari ini boleh dilakukan tanpa negara bankrup.

Kalau tiada desakan seperti ini, kerajaan akan bersikap senang lenang dan tak pedih apa rakyat rasa.

fikir-fikirlah.

Tak lama lagi akta untuk menekan blogger akan dikaji.

akta itu perlu sokongan 2/3 ahli parlimen?

kalau perlu sokongan 2/3 TF rasa jangan mimpilah.

Sunday, January 23, 2011

macam org tiada iman?!?!

Jangan lah cakap pasal agama kalau tak faham. Ingatlah bahaya mempersendakan agama. Sendiri mau ingatla.