Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Friday, December 31, 2010

Tiruan?

Turunkan cukai alat ganti tulen, elak kemalangan

Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menurunkan cukai import alat ganti tulen kenderaan, khususnya bagi pengangkutan awam seperti bas.

Setiausaha Agung TWU Datuk Zainal Rampak berkata harga alat ganti import yang tinggi berikutan cukai dikenakan, antara faktor terdapatnya segelintir pengusaha syarikat bas mengambil langkah mudah menggunakan alat ganti palsu yang jauh lebih murah, tetapi kurang berkualiti.

"Kita boleh bertanya mana-mana workshop (bengkel) sekalipun, memang mereka menggunakan alat ganti tiruan kerana kosnya yang jauh lebih murah. Kalau original (tulen), yang berjenama, ada yang mencecah sehingga RM7,000 ke RM8,000 sedangkan alat ganti tiruan hanya sekitar RM200 ke RM500.

nota;

kah...kah...kah...

macam mana alat tiruan ni boleh dijual secara terbuka?

Macam tiada pihak berkuasa saja.

Inilah tugas pihak berkuasa, kuatkuasa kan undang2.

kalau kat singapore menjual alat perisian komputer tiruan akan didenda $10,000.

Kenapa nak turunkan cukai? ini pendapatan kerajaan.

Ini pun mau kecoh

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

nota;

Dia ni bukan islam, Yang TF nak cakap ni, tempat TF banyak yang tak pakai tudung masuk masjid (terutamanya sewaktu ada kematian).

Yang ni sepatutnya jadi isu, bukan yang ini. Biarla dia masuk masjid, mudah2an terbuka hatinya.

Yang perlu dididik ialah orang islam itu sendiri. Tutup aurat setiap kali keluar rumah, bukannya masuk masjid baru pakai tudung.

Sunday, December 26, 2010

siapa penderhaka kepada raja melayu?

Cara betul untuk banding harga.

Balik2 bandingkan harga dengan negara bukan pengeluar minyak!

Berikut cuba lihat perbandingan harga minyak antara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak dunia.


United Arab Emirates ~ RM1.22/liter

Bahrain ~ RM0.89/liter

Qatar ~ RM0.72/liter

Kuwait ~ RM0.69/liter

Libya ~ RM0.46/liter

Arab Saudi ~ RM0.39/liter

Iran ~ RM0.36/liter

Nigeria ~ RM0.33/liter

Turkmenistan ~ RM0.26/liter

Venezuela ~ RM0.16/liter

MALAYSIA (RON95) ~ RM1.90/liter

Paling mahal diantara negara pengeluar minyak.

Friday, December 24, 2010

Idea yang bernas

NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

Wednesday, December 22, 2010

Sunday, December 19, 2010

Adakah orang ini bukan islam?

JOHOR BHARU: Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pensyarah atau pelajar yang terbabit dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ini kerana fahaman Syiah bercanggah dengan ajaran Islam di negara ini.

Katanya, kerajaan bimbang dengan pembabitan pensyarah kerana perawakan mereka boleh membantu mengumpul ramai penyokong fahaman itu.

nota;

Kenapa sewaktu Malaysia jadi pengerusi OIC tak keluarkan saja Iran daripada menjadi ahli kerana ajaran islamnya bercanggah dengan Malaysia?

Setahu TF Syiah inilah yang paling berani melawan Israel.

Sunnah Arab saudi macam mana?

Bukan nak sokong mazhab syiah tapi mereka juga islam. Kita kena tarbiah bukannya tangkap.