Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Friday, December 24, 2010

Idea yang bernas

NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

Wednesday, December 22, 2010

Sunday, December 19, 2010

Adakah orang ini bukan islam?

JOHOR BHARU: Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pensyarah atau pelajar yang terbabit dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ini kerana fahaman Syiah bercanggah dengan ajaran Islam di negara ini.

Katanya, kerajaan bimbang dengan pembabitan pensyarah kerana perawakan mereka boleh membantu mengumpul ramai penyokong fahaman itu.

nota;

Kenapa sewaktu Malaysia jadi pengerusi OIC tak keluarkan saja Iran daripada menjadi ahli kerana ajaran islamnya bercanggah dengan Malaysia?

Setahu TF Syiah inilah yang paling berani melawan Israel.

Sunnah Arab saudi macam mana?

Bukan nak sokong mazhab syiah tapi mereka juga islam. Kita kena tarbiah bukannya tangkap.

Taktik terbaru nak sabotaj PR

PR diugut untuk beri lalu kepada parti HRP sebayak 15 kerusi. Kalau tidak, akan ada pertandingan 3 penjuru.

Lepas ni akan banyak lagi parti politik mengugut minta laluan. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Jangan layan dengan ugutan parti seperti ini. Ini negara demokrasi. Korang nak bertanding ke atau tidak itu hak kamu.

Tapi jangan main ugut2. piraah mabuk.........
CHIN : FIRST NUCLEAR PLANT BY 2021 - bernama

Energy, Green Technology and Water Minister Peter Chin said the government would engage an international consultant to evaluate the location and requirement for such plants to be built.

Meanwhile, more awareness and education programmes will be carried out to inform people on such a need.

“Hopefully, by 2013 or 2014, we will able to finish evaluating this. As for calling of tenders, we hope it will be done by 2016,” he told Bernama in an interview.

nota:

kerajaan negeri selangor mengharamkan logi nuklear di selangor.

TF tak kisah kalau nak buat logi nuklear, tapi JANGAN di BORNEO. Paling afdal di putrajaya. Jangan pandai2 nak buat cadangan buat kat BORNEO.

JANGAN HARAP. Kalau jadi di borneo, TF org pertama akan buat demo.

Apa tugas hakiki YB?

1. Adakah tugas YB untuk datang kenduri?

2. Adakah tugas YB untuk hadir majlis perkahwinan?

3. Adakah tugas YB untuk menghadiri setiap kematian/sakit?

Tabiat org Malaysia.

"YB tu baguslah pasal datang kenduri semalam."

"YB tu baguslah pasal hulur rm100 sewaktu melawat aku sakit kat hospital".

KALAU INI LAH TUGAS YB, KAMU SEBENARNYA MENYURUH YB AMBIL RASUAH. PASAL APA?

BERAPA SANGAT GAJI YB?

MAMPUKAH DEPA MENGHULUR DERMA SETIAP MASA?

KAMULAH YANG MENYEBABKAN MEREKA (YB) AMBIL RASUAH.

INGATLAH TUGAS YB MENEGAKKAN UNDANG2 DI DEWAN RAKYAT/ DUN.

Apa itu IPP?

Kali pertama TF dengar perkataan IPP ini ialah sewaktu debat antara DSAI dan Menteri Penerangan.

Barulah TF sedar selama ini TNB BELI tenaga dari IPP.

IPP beli gas dapat SUBSIDI kerajaan.

Jadi, apa tujuan IPP?

Yang TF sedar, tujuan IPP ialah bagi projek.

Kenapa perlu IPP. TNB tak boleh buat ke?