Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Monday, December 13, 2010

Apa ada di konvensyen DAP

VIP pun makan nasi bungkus?

Pernah nampak VIP kerajaan makan nasi bungkus?

Nak masuk 3 thn jadi CM masih pakai title ENCIK.

Lu orang ada otok, fikir sendiri la

Sunday, December 12, 2010

Satu persoalan

Apa yang tukang2 pengang kain rentang tu dapat dengan ketuanan melayu?

dapat projek?

dapat wang?

yang dapat projek dan wang daripada ketuanan melayu ialah segelintir melayu elit.

kamu tukang pegang kain rentang tak dapat apa2? seolah-olah kamu sokong segelintir melayu elit dapat projek.

JANGAN BIARKAN MINDA ANDA DIJAJAH.

Ada udang disebalik batu

Kerajaan perinci kenaikkan gaji tentera

Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikkan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

nota;

Kenapa nak naikkan gaji?

Undi pos? kah..kah..kah

Ada cadangan dr spr untuk bagi doktor, juruterbang dan wartawan dijadikan undi pos.

Kalau jadi tentu gaji dorang naik juga.

Mungkin juga ATM ini anak emas, kakitangan kerajaan yang lain anak tiri.

Saturday, December 11, 2010

PM: Usah gadai masa depan negara pada Pakatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

nota;

Ini hanya persepsi.

Ada bukti ke pakatan rakyat menaikkan harga minyak?

Ada bukti ke pakatan rakyat dapat komisen berjuta-juta?

Bagi peluang dulu ambil kerajaan, lepas tu baru kita nilai.

Secara logiknya sekurang-kurangnya 2 penggal mesti PR perintah dengan telus untuk membuktikan keupayaan mereka.

JADI, BAGI PELUANG DULU, KITA TENGOK SAMA2. JANGAN BUAT PERSEPSI JE.

minta puji atau kena puji?

"Lee (Presiden Korea Selatan) berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

nota;

korea puji tapi rata-rata rakyat malaysia menganggapnya sebagai menekan rakyat.

Korang nak makan pujian tu atau nak harga turun?

Kenapa kes ini diketepikan?

Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

nota;

Kenapa kerajaan tak ambil tindakan susulan. Berita terbaru Lembaga disiplin penguambela dan peguamcara ingin menyiasat linggam.

Sedangkan suruhanjaya diraja telah membuat syor bahawa ada kes.

Hairan betul lah. Macam Filem pula.

Lawak antara bangsa

Cuba kamu taip 'beruk' search dalam google.

Lihatlah apa yang keluar.........

kenapa? tak percaya?