Monday, October 4, 2010
Hanya 2 negeri asing sumber haram
"Pulau Pinang negeri bukan pimpinan bukan Islam lebih peka dengan mengasingkan sumber judi dari akaun. Adakah pimpinan Umno BN akan melakukan benda sama?" katanya pada satu majlis sambutan Aidilfitri di Shah Alam, baru-baru ini.
Isu wang judi hangat berikutan Umno memainkan sentimen agama apabila menuduh tanpa bukti kononnya sumbangan wang ihsan RM100 kepada warga emas beragama Islam adalah hasil judi sedangkan ia sebenarnya diperoleh melalui penjimatan kerajaan.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara jujur mengakui hasil judi hanya disalur kepada warga emas bukan Islam tetapi hakikat itu disembunyikan media arus perdana.
Mohamad Sabu berkata, tindakan Umno itu berikutan parti pemerintah menerima pukulan hebat apabila penentangan terhadap kelulusan judi bola sebelum ini, giat dilakukan pimpinan DAP, sebuah parti yang dilabel Umno sebagai anti-Islam.
"Pemimpin Umno tidak marah kalau pemimpin Pas yang menentang lesen judi bola tetapi Umno terasa terpukul apabila pemimpin DAP menjadi individu pertama menentang. Ini menyebabkan Umno berdendam kerana kehilangan ratusan juta ringgit.
"Tidak cukup dengan hal ini, mereka (Umno BN) menghasut orang Melayu dengan menyatakan duit itu adalah duit haram," katanya.
-tvselangor-
Bikin malu Islam dan melayu

Azman Azha Hj Abu Hanifah Ketua Wira Perkasa
Ketua Wira Perkasa bersama isteri tersayang yang berpakaian mengikut Islam dan budaya Melayu.. Hehehenota;
Jgn lah berselindung disebalik songkok tinggi
Jgn lah cakap pasal agama kalau diri pun tak betul
nanti terserlah kebodohan
Mana ulasan mufti?

Apa ketetapan hukum Islam dalam soal ini? Zaharuddin.net dalam posting terbaharunya menegaskan begini:
“Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika tindakan itu dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat.
“Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram berkenaan.
“Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas berkenaan dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas itu adalah salah lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam.
“Ini kerana dari sudut hukum, fakir dan miskin harus menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang haram.”
Berdasarkan hujah itu, ternyata mereka yang membantah dan memulangkan wang berkenaan memang tidak memahami hukum atau fikiran mereka sudah ‘diselewengkan’!
Zaharuddin.net dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Ustaz Haji Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam, termasuk sebagai panel syariah di pelbagai organisasi. Web ini menjadi rujukan popular dalam pelbagai bidang, termasuk fikah dan muamalat.
Mari kita teliti lagi hujah Zaharuddin,net untuk menguatkan pemahaman mengenai duduk sebenar isu ini.
Menurut web terbabit, selagi sumber perolehan adalah bercampur, selagi itu harus untuk kita menerima gaji atau upah atau apa juga dari mereka (kerajaan).
“Maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti fakir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas keharusannya.
“Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya, ” catat web berkenaan.
Bagaimana pula jika ia benar-benar sahih datang dari sumber langsung wang judi, riba dan rasuah?
Zaharuddin.net menegaskan begini:
“Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi harus diterima oleh fakir miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya.”
Adakah hujah ini sekadar pendapat atau omong kosong bagi menegakkan ‘benang basah’?
Sama sekali tidak! Menurut zaharuddin.net, ia adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari, termasuklah Majlis Fiqh Antarabangsa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir, Al-Lajnah Al-Daimah Arab Saudi dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa dan Syeikh Faisal Al-Maulawi.
Dalam hal ini, ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali seperti berikut:
“Jika wang haram itu diberikan kepada fakir miskin, ia tidaklah haram ke atas fakir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka.” ( rujuk Al-Majmu’ , 9/428)
Syeikh al-Qaradawi pula, dalam membicarakan hal pengagihan wang haram, berkata:
“Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syarak sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk mengambilnya dan disedekahkan kepada fakir miskin atau didermakan kepada projek kebaikan (untuk maslahat umum).” (rujuk Fatawa Mu’asiroh, 1/606)
Justeru, inimajalah.com mengajak semua pihak tanpa mengira fahaman pilitik; marilah kita ambil yang jernih dan jangan kelirukan mereka yang sudah sedia keliru! Allah melihat apa kita sedang buat.
Saturday, October 2, 2010
bertambah lagi satu melayu bodoh
Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.Ismail (kanan) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.
Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.
"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.
Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.
"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.
Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.
nota:
Kenapa gaji tak pulangkan sekali.
Sebagai PA MP, TF rasa gajinya dibayar oleh kerajaan. Kalau tak pun MP yang bayar.
MP dapat gaji dr kerajaan. Dalam akaun kerajaan ada hasil cukai babi, cukai arak dan cukai judi.
Hipokrit betul lah. bagi balik sekali gaji.
Dah ramai melayu diperbodohkan.
Mana mufti-mufti lain, kenapa tak keluarkan fatwa. balik2 umno yg bagi fatwa.
Friday, October 1, 2010
Pulangkan! jika tidak anda munafik
YB Umno diminta pulangkan gaji wangSeramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.
“(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak,” kata mereka ketika membacakan kenyataan media.
Menurut setiausaha PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.
Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
“(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.
“Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar,” kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.
Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.
Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.
Thursday, September 30, 2010
Jangan buat kerja bodoh
40 PULANGKAN WANG DIDAKWA HASIL JUDI – berita hairanAkibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.
Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir.
nota;
LEPAS NI SURUH SEMUA ADUN, MP, SULTAN/RAJA, AGONG, MUFTI, KAKITANGAN KERAJAAN DAN SEMUA YANG DAPAT GAJI DARI KERAJAAN,
ANJUR SATU MAJLIS UNTUK MEMULANGKAN GAJI KEPADA KERAJAAN PUSAT KERANA KERAJAAN PUSAT JUGA MENGGUNAKKAN SUMBER JUDI, ARAK DAN JUDI UNTUK BAYAR GAJI.
TF HAIRAN KENAPA ADUN TU TAK BAGI BALIK GAJI YG DIA DAPAT? ITU PUN DARI SUMBER HARAM TU. NANTI SEMUA AMALAN TAK DITERIMA.
SATU LAGI PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU DARI UMNO
BANGANG PUNYA KERJA.
Wednesday, September 29, 2010
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
ufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam. "Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu. "Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram. "Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain. "Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya.
Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan. Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.
Cukai satu hukuman "Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan. "Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini. "Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri. "Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.
Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram. "Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.
Nabi terima hadiah Yahudi Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan. "Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi. "Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya. Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom. "Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya. Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.