Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, September 15, 2010

lucunya kenyataan mamat ni

Masalah S'gor 'sangat teruk', Khir tak minat jadi MB lagi

Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.

Masalah ini “sangat teruk” dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.

“Untuk dapatkan semula kita punya pentadbiran akan jadi sukar dalam keadaan sekarang. Ekonomi teruk, pembangunan tak berlaku dengan baik,” katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini

“Kita bukan menyerang kerajaan negeri sebab hendak cari kelemahan, kita cuma buat teguran. Kalau dulu BN dianggap kerajaan yang angkuh, tidak dengar teguran saya ingat hari ini lagi teruk.

“Siapa tegur diancam, kita akan dedahkan macam-macam, macam politik budak-budak. Ini politik mafia. Saya nak tegur kerana pengalaman saya yang kita telah laksanakan dan kesilapan yang perlu diperbetulkan dan tidak diulangi,” katanya.

KAH...KAH....KAH..

LU ORG PFIKIRLAH SENDIRI......

KAH...KAH....KAH....

Tuesday, September 14, 2010

Bocor lagi?

SILING BILIK MAHKAMAH JALAN DUTA BOCOR SELEPAS HUJAN LEBAT – berita hairan

Hujan lebat pagi ini mengakibatkan satu lagi kejadian kebocoran di siling sebuah bilik mahkamah di tingkat lima Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.

Kebocoran pertama, berlaku di tempat yang sama yang merosakkan perabot dan sofa, berlaku pada 8 September selepas hujan lebat.

Seorang kakitangan mahkamah berkata, pekerja penyelenggaraan bangunan sedang mengesan tempat punca kebocoran itu.

"Setiap kali berlaku hujan lebat, air akan mengalir keluar dari tiang-tiang utama di tingkat enam, menyebabkan banjir di bilik saksi Mahkamah Tinggi 2," katanya.

Kakitangan itu berkata, kebocoran kecil dan rekahan juga dilaporkan di beberapa bahagian kompleks mahkamah tetapi tidak serius seperti di tingkat lima.

Tiga bulan lalu, paip pecah telah menyebabkan banjir di kafeteria kompleks berusia tiga tahun berharga RM270 juta ini, dikatakan adalah kompleks mahkamah kedua terbesar di dunia.

Kejadian itu menyebabkan bilik stor dan Pejabat Pos mini yang terletak di tingkat bawah bangunan itu mengalami kerosakan.

nota:

baru 3 tahun sudah teruk! apa pun kontrektor.

yg TF hairan, asal jer runtuh ke bocor jer, suruh org lain bikin.

kenapa tak suruh kontrektor yang buat tu betulkan yang rosak?

atau siarkan nama kontrektor ke, tapi yang penting suruh betulkan yang rosak!

itulah masalah rundingan terus. Bagi kekawan yg tak reti nak buat.

Banggang oooooo Banggang ooooooo Banggang ooooooo

Mengapa Tiada Tindakan Terhadap 4 Laporan Awal

Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?

Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

“Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

“Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu,” kata beliau.

Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.

nota:

Baru jer igp pencen pesan, tapi yg belum pencen tak nak dengar.

Jgn jadi tukang taip report jer tapi tiada tindakan

Monday, September 13, 2010

Ura-ura Bank Negara

Tadi TF baca berita hairan.

Bank negara bercadang untuk memperketatkan kelulusan pinjaman perumahan.

Kalau sekarang, 90% boleh loan TAPI

dorang cadang 80% jer.

TF hairan betul dengan konsep ekonomi ni. (maklumlah x pernah belajar ekonomi)

Kenapa time gawat jer, semua bunga bank naik giler?

Bertambahlah bilangan bumiputra yang hanya mampu sewa rumah.

Kat KK, rumah sebesar lubang hidung berharga rm300k. Mana ada lagi rumah bawah 300k.

Cuba banyangkan 20% drp 300k = 60k. fuyoooh. mana mau cari 60k cash.

Kalau mau beli rumah murah, beli apartment jer lah.

Apartment ni lagi satu hal. Beli apartment sama macam menyewa juga. Yuran kena bayar. Air harga lain. Semua ni budi bicara pemaju. Check s n p dulu kalau mau beli.

TF sarankan janganlah beli apartment. Menyesal. Kalau salesman promote beli, hang pa cakap U tolong bayar yuran penyelenggaraan lah.

PENING OOOOOO PENING OOOOOOO PENING

Luahan hati seorang insan yg tertindas

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?

Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.

Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

Jom boikot

Wahai warga Malaysia!

Mari kita boikot ramai-ramai.

Kalau tak dapat boikot semua topik,

Sekurang-kurangnya boikot laporan politik yang berat sebelah dan mengampu.

TF rasa dorang mengapu pasal takut tak direnew lesen mereka.

Banyak lagi sumber berita boleh dicari.

Banyak ooooo banyak ooooo banyak ooooo banyak ooooo

MB Selangor tolak bonus

Kesudian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pemberian insentif RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), harus dicontohi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN). Mendapat pujian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, beliau berpendapat pemberian insentif di kalangan pengerusi mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus dihentikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khalid sebelum ini menolak insentif 100 ribu ringgit yang diberi PKNS atas kapasiti sebagai Pengerusi, kerana mahu memulangkan wang rakyat itu kepada kepada rakyat.. Beliau juga melakukan siasatan dan mengarah supaya garis panduan pemberian insentif dirangka bagi mengawal amalan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini. Perbincangan garis panduan akan dibentang pada mesyuarat Exco minggu depan, seterusnya dibawa ke sesi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya takut rakyat marah tapi MB (menteri besar) menolak. Ini dengan tajuk dalam akhbar, Khalid tolak 100 ribu, ini saya rasa very powerful pada saya.

"MB menolak bonus yang diberi selaku pengerusi. Ini langkah yang baik dan saya alu-alukan. Kalau saya pun akan tolak, pada saya ini wang rakyat, harus diberi kepada rakyat," katanya.

Kesudian Khalid Ibrahim memulangkan pemberian insentif ini jauh berbeza dengan amalan mewah yang sebati dengan pentadbiran Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ketika masih berkuasa.

"Kalau dilihat amalan kerajaan lalu, khususnya di bawah Khir Toyo, ini amalan biasa. Ambil RM100,000, RM200,000 pergi shooping (beli-belah) luar negara, bawa isteri, anak dan orang gaji - itu yang saya dengar.

"Itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita begitu prihatin dan membincangkan secara terperindi laporan kewangan dan bentang kepada perbendaharaan negeri dan bawa kepada exco.

"Dalam exco, kami berbincang untuk menguntungkan rakyat, kelulusan akan diberi. Jika merugikan rakyat, menguntungkan beberapa individu dan berkepentingan sendiri tidak akan lulus," katanya lagi.- Raudhatul Jannar Jalidar

nota:

Ini barulah yang boleh dijadikan contoh. Tapi sayang, TF tak dengar pun berita ni kat TV. Mungkin dorang tak tau.

Wahai berita arus perdana! Ingatlah bahawa mati itu benar, akhirat itu benar (macam baca talkin pula).

Wahai berita arus perdana! Tolong publish semua berita yang benar. jangan berat sebelah. Barulah surat khabar kamu laku!