Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Saturday, September 11, 2010

mana letrik kami

Bekalan letrik terputus lagi. Sekarang dalam keadaan gelap.

TF berada di membakut, sekarang pukul 430 pagi. Kalau call sesb jangan harap lah ada line. Mesti engage memanjang.

Kepada sesb SYABAS dan tahniah keran berjaya membangunkan anak TF yang tengah kepanasan. Semoga kamu dapat bonus diatas KESENGSARAAN orang lain.

PANAS OOOO PANAS OOOO PANAS

kami perlukan letrik

Sabah Gas Terminal (SGT), milik Petronas, di Gayang, Sepanggar, menghentikan bekalan gas ke tiga buah stesen janakuasa bebas (IPP) selepas mengalami masalah teknikal pada jam 7.25 petang semalam. (8/9 khamis)

Tiga IPP berkenaan ialah Ranhill Powerton I, yang mempunyai kapasiti 190 megawatt (MW), Ranhill Powerton II (130MW) dan Sepanggar Bay Power Corporation (SBPC) dengan 100MW.

Menurut kenyataan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini, gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh Sabah mulai jam 7.28 malam semalam selepas stesen Ranhill Powerton II dan SBPC terpelantik.

IPP Ranhill Powerton I pula telah ditukar kepada diesel untuk terus beroperasi.

Kejadian itu turut mengakibatkan kapasiti janaan sedia ada mengalami kekurangan janaan sebanyak 230MW dan sistem pertahanan Grid diaktifkan seperti catuan bekalan kecemasan di beberapa kawasan di seluruh negeri bagi memastikan serta mengekalkan kestabilan sistem Grid Sabah.

Kenyataan itu menyebut antara kawasan yang terlibat dengan gangguan itu ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Kota Belud, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 7.35 petang pada hari yang sama, kata kenyataan itu.

nota;

Ini berita penipu. Bekalan dipulihkan pada jam 7.35? TF balik sembahyang terawih, letrik masih tiada dirumah. TF dengar jer nama IPP ni, rasa macam nak termuntah. Dah lah minyak diesel yg dorang pakai disubsidi, pastu jual mahal kat sesb. Nak kat sesb ni cekap, belum terbukti lagi. kembalikan sesb kepada lembaga letrik sabah.

TF takut nanti bekalan air sabah akan diswastakan macam sesb. Kita bayar 90 sen untuk 1 m padu air yang berlumpur. penang bayar 50 sen jer. Fikirkan lah

Selamat Hari Raya

TF mengucapkan kepada semua pembaca Selamat Hari Raya Aidilfitri. TF turut bercuti untuk berhari raya dan mengunjungi rakan-rakan yang beragama Islam.

Jangan jadikan diri anda sebahagian daripada statistik kemalangan jalan raya. Pandu dengan bijak dan waras.

Thursday, September 9, 2010

Qullu A'mm Wa antum Bi Khair

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Hari Raya..... Hari Raya.... Hari Raya...

Qullu A'mm Wa antum Bi Khair

Seingat TF, orang disebelah ini tak pandai pencen2. dari zaman TF sekolah sapai sekarang masih kerja lagi.

Kalau dia pencen, berapa lah golden hand shake dia dapat? Graduty lagi.

Peh,,,,, banyak tu bro....

Takut... aku takut... tolong!!!!!!!

HISHAMUDIN RAIS: UMNO KECUTKAN MINDA MELAYU -mkini

Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agendapolitik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.
Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

Monday, September 6, 2010

Luahan Hati ....... Kesian

Pada 19 Ogos 2010, saya dapati akaun simpanan saya telah dibekukan. Saya telah membuat panggilan kepada pihak bank berkenaan berhubung pembekuan akaun. Saya diberi tahu bahawa hutang kad kredit saya belum dilunaskan. Oleh itu pihak bank akan menolak sejumlah RM 917 daripada akaun saya. Bank tidak sekalipun cuba untuk menyelesaikan cara lain, sebaliknya hanya berkata, "I'm sorry".

Pada 21 Ogos 2010, bank telahpun menolak RM 917 dari akaun saya. Berkali-kali saya terangkan melalui telefon, bahawa jika pihak bank berbuat demikian, komitmen saya terhadap pinjaman kereta, perbenlanjaan sehari, duit minyak, apatah lagi perbelanjaan menjelang Hari Raya akan terganggu.

Saya kesal dengan tindakan bank sebegini kerana;
  • Tiada sebarang surat dihantar untuk memberi tahu tarikh pembekuan akaun.
  • Tiada panggilan dari pihak bank berkenaan pembekuan akaun dan tunggakan kad kredit.
  • Bank telah membekukan akaun saya, walhal itu semua adalah wang saya.
  • Tiada sebarang 'mutual understanding' berkenaan penyelesaian baki.
  • Bank telah menolak baki RM 917 daripada akaun saya tanpa arahan dari saya.
  • Bukannya bank tidak mengenakan faedah terhadap hutang.
  • Bulan depan sudah Hari Raya, tetapi saya tidak punyai wang untuk dibelanjakan.
  • Saya telah merayu supaya tidak menolak RM 917 dari akaun saya dan meminta untuk menyelesaikan baki minimum.
  • Bank tidak seharusnya membekukan akaun tanpa pemberitahuan atau notis.
  • Jumlah tunggakkan adalah RM 907, tetapi dikenakan tambahan RM 10. Untuk apa, saya pun tidak tahu.

Sekarang, kerosakan telah dilakukan, wang telah dirompak dari saya. Perbuatan bank itu saling tidak tumpah seperti Ah Long, di mana mereka membekukan akaun, memaksa pelanggan melunaskan hutang dan membiarkan pelanggan mengikat perut untuk menempuh seharian. Mana pergi kemanusian?

Saya terkilan, kerana sanggup syarikat gergasi yang selama ini saya setia sejak bangku sekolah lagi telah menindas orang kerdil. Apalah sangat RM 917 itu kalau dibandingkan dengan USD 1 billion untung selepas cukai yang diumumkan oleh bank itu.

Apakah wajar bank menindas golongan usahawan yang tidak berjaya macam saya? Bukankan ada cara lebih baik selain merompak dari akaun saya? Tidakkah bank boleh menyusun ansuran selama tiga bulan? Yang paling penting, mengapa menjelang Hari Raya?

Oleh itu, saya sarankan kepada masyarakat umum, jika hendak menggunakan kemudahan kredit kad, pilihlah bank tertentu.

Janganlah anda terikat dengan 'Ah Long gergasi' seperti yang saya alami.

Masih merdeka

Namun tanah ini hanya sekadar mencapai kemerdekaan dari tangan penjajah British dari segi kedaulatan pentadbiran. Dari segi budaya dan pendekatan pentadbiran pula, golongan pemerintah masih mewarisi taktik pemerintahan yang digunakan oleh penjajah British, iaitu dasar pecah dan perintah.



Parti pemerintah yang sudah mentadbir tanah ini selama 53 tahun iaitu BN (berkembang dari parti Perikatan sejak tahun 1973) masih mewarisi pendekatan dasar pentadbiran British yang sengaja memisahkan pergaulan di antara pelbagai kaum di tanah air ini.



Dasar pecah dan perintah penjajah British dilaksanakan menerusi sektor penceburan yang berbeza di mana peluang pekerjaan sektor awam hanya dibuka kepada kaum Melayu, kaum Cina digalakkan berkembang dalam sektor perniagaan dan kaum India pula dihadkan kegiatan mereka sebagai pekerja di kawasan ladang-ladang.


Dasar pecah dan perintah BN pula dilaksanakan menerusi perwakilan politik yang membela hak kaum masing-masing di mana hanya Umno yang dibenarkan mempelopori status kebudayaan, ekonomi dan agama kaum Melayu.



MCA dan MIC pula menjadi pembela hak kaum Cina dan kaum India yang berunding dengan Umno untuk menyelesaikan masalah ketegangan perkauman dan agama yang sengaja ditimbulkan oleh Umno.



Dengan pendekatan ini, di bawah liputan laporan media arus perdana yang dikawal ketat oleh kerajaan BN, ketiga-tiga parti ini dapat bersandiwara sebagai pejuang kaum masing-masing sekaligus meraih sokongan daripada komuniti kaum masing-masing.



Kebaikan pendekatan pecah dan perintah ini adalah, Umno, MCA dan MIC mempunyai bahan lakonan untuk menyamar sebagai pejuang kaum masing-masing yang tidak akan tertandus.


Keburukannya adalah perhubungan sesama komuniti-komuniti dari latar belakang kaum dan agama yang berbeza akan semakin renggang dan tegang. Apabila keadaan mengizin dan menguntungkan parti-parti komponen BN, mereka akan bersaing meredakan keadaan runsing dengan rundingan tutup pintu.



Apabila keadaan tidak menguntungkan mereka ataupun permusuhan di antata golongan kaum dan agama yang berbeza boleh menambahkan modal politik mereka masing-masing, pemimpin-pemimpin daripada ketiga-tiga parti ini akan terus membiarkan perbalahan dan persengketaan diapi-apikan.



Dengan memahami cara pengendalian politik BN, maka tidak hairanlah kepada kita kenapa ahli-ahli politik dan mesin-mesin propaganda BN/Umnosanggup melempar segala bentuk fitnah di luar jangkaan akal biasa manusia ke arah individu dan juga komuniti yang berasal dari keturunan kaum dan agama yang lain walaupun pada bulan Ramadan yang menyanjung semangat bertoleransi dan bermaaf-maafan.



Cuba kita renungkan apa bezanya Umno/BN daripada penjajah British yang mempraktikkan taktik pecah dan perintah sepanjang zaman penjajahan di semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu memandangkan untuk terus memonopoli peranan politik sebagai pembela dan pejuang hak kaum bumiputera, pemimpin Umno sanggup memecah-belah perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama supaya mereka sahaja yang dibenarkan mendekati rakyat kaum bumiputera (pada hakikatnya, mereka hanya mesra dengan rakyat akar umbi semasa musim pilihanraya dan pilihan kecil)?