Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Friday, September 3, 2010

Duit oh duit

Siapa yang nak duit? Mari sini. Ambil lah duit yang ada disebelah.

Macam mana nak dapat duit yang banyak? Pening kepala memikirkannya.

Nak pinjam bank, tapi tak cukup kelayakan.

Nak pinjam Ah Long, tapi takut tak mampu bayar.

Nak pinjam dengan kamu, belum tentu kamu ada duit!

Kah!kah!kah!

Puasa di Palestin

Penduduk Palestine terutama di Gaza, bagaimana kehidupan mereka seharian menghadapi Ramadan?

Harapan supaya mereka sabar menghadapi sekatan demi sekatan.

Kenapa penindasan yang nyata ini tidak dibela oleh PBB?

Kenapa penindasan yang nyata ini tidak dibela oleh OIC?

TF rasa kalau semua pemimpin besar negara OIC pergi serentak naik kapal pergi ke Gaza, beranikah israel kacau?

Jawapannya Pemimpin besar negara OIC pengecut! Yang datang cuma sukarelawan yang berani.

Kuasa politik yang mereka ada tidak digunakan ditempat yang sepatutnya.

Bertindaklah sekarang!

RON RON RON

Ini minyak RON 95 (RM1.85/l)





Ini minyak RON 97 (RM2.10/l)





TF sendiri memilih untuk menggunakan RON 95 untuk moto kawasaki 250. Pada mulanya prestari macam biasa tapi akhir2 ini macam semput pula.

Setelah mengambil kira pandangan umum, TF berazam untuk menggunakan RON 97. Manalah tahu ada perubahan.

Lepas ni baru TF komen lagi

Thursday, September 2, 2010

Jangan salah tempat beli INSURAN


Ini salah satu syarikat insuran. Kerja utamanya ialah JUAL INSURAN



Ini Pos malaysia. Kerja utamanya ialah HANTAR BARANGAN/SURAT

TF berasa muskil kenapa insuran kereta third party dan motosikal mesti beli di pejabat pos. TF bengang betul.

Kenapa pos malaysia tak bolot je semua. TF bagi contoh, kalau nak beli ikan mesti beli di pejabat pos. Mesti suri rumah lempar kasut kat pejabat pos. Bayangkanlah, nak beli ikan kena beratur.

Kalau terdesak sangat nak ambil komisen pun, jgn lah sampai menyusahkan org. TF ulang sekali lagi. Insuran kereta third party dan motosikal mesti beli di pejabat pos!!!!

Cuba bayangkan seorang pakcik nak beli wang pos. Pakcik tu orang yang ke-10 dalam barisan. 5 orang di hadapan pakcik tu nak beli insuran motosikal. Berapa lama pakcik tu nak tunggu?

Suruh Bos besar Pos malaysia jawab. Apa Bos besar tu rasa kalau pakcik tu abah dia?

Kalau TF beli insuran di syarikat insuran, TF tak rasa bosan kena berdiri dan beratur.

BENGANG!!!!!!!!!!!!!

HUDUD

Kepada org yg tak faham huhud, perkara pertama yang terlintas ialah potong tangan.

TF bukanlah ahli dalam bidang ini cuma boleh diberi sedikit penerangan tentang hudud. Kalau salah sila betulkan.


Hudud ada 7 kategori sahaja

1) Berzina.

b) Menuduh orang berzina (qazaf).

c) Minum arak.

d) Mencuri.

e) Murtad.

f) Merompak (hirabah).

g) Penderhaka (bughat).

Yang lain kita sambung nanti.

Non-muslim boleh memilih samada untuk memilih hukum islam atau sivil. Tapi org muslim tiada pilihan mesti pilih hukum islam.

Yang menentang banyaknya dari org islam sendiri. Inilah yang TF binggung. kalau non muslim yang tentang, TF rasa mereka tidak faham klausa boleh memilih samada untuk memilih hukum islam atau sivil.

Tapi kalau org islam yang menentang, TF tidak tau nak kata apa?

Wednesday, September 1, 2010

TF rasa tertipu. Masa sekolah dulu TF belajar sejarah Malaysia lain daripada maklumat sekarang.

Setelah difikirkan secara logik, betul juga maklumat itu. Persoalan pertama. KMM memperjuangkan kemerdekaan dan dianggap berhaluan kiri kerana menggunakan kekerasan serta telah diharamkan.

Kemudian muncul UMNO yang langsung tiada kekerasan dan secara rundingan telah mendapat kemerdekaan. Secara logiknya, british hanya akan beri kuasa kepada sesiapa yang dapat menjaga kepentingan british di tanah melayu.

Kalau TF jadi british sorry la nak bagi KMM kuasa untuk merdeka. Tak da maknanya perjuangan kemerdekaan tanpa tumpahan darah.

Yang ada tumpahan darah pun pasal berperang dengan komunis. Kalau UMNO ada hunus keris lawan british baru ada cerita. Ini rundingan je.

Apalah PERJUANGAN yang mereka laungkan. Mereka hanya layak untuk laungkan RUNDINGAN.

Kad kredit oh Kad kredit

Ramai kawan2 yang ada 3-4 kad kredit telah menamatkan kad2 mereka kerana kena bayar gov tax RM50.

Kalau org kaya tiada masalah. Tapi kalau macam aku yang makan gaji, berat juga tu. Nasib baik la org kampung x pakai kad.

Berwaspada bila pakai kad, nanti memakan diri. Ingat bunganya. kalau setakat 1%, tak apalah tapi 18%.

Setiap tahun bank akan umum keuntungan sebelum cukai berbillion2.

Setiap tahun juga kita dengan kawan2 kerja bank dapat bonus 6 bulan gaji.

Itu semua hasil bunga2 yang kita bayar.

BOLEH KAH KITA HIDUP TANPA HUTANG??????