Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Sunday, December 19, 2010

Apa itu IPP?

Kali pertama TF dengar perkataan IPP ini ialah sewaktu debat antara DSAI dan Menteri Penerangan.

Barulah TF sedar selama ini TNB BELI tenaga dari IPP.

IPP beli gas dapat SUBSIDI kerajaan.

Jadi, apa tujuan IPP?

Yang TF sedar, tujuan IPP ialah bagi projek.

Kenapa perlu IPP. TNB tak boleh buat ke?

Kenapa ada spekulasi?

SPR TERUS MEMBISU SELEPAS 2 BULAN BANTAHAN – harakah daily

Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan.

Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.

nota;

Mengapa ada orang menganggap sedemikian,

1. Org tentang undi pos, depa nak tambah org undi pos,

2. Org nak mengundi, depa buat hari mengundi waktu kerja (PRK).

3. Apa2 keputusan mesti menyebelahi kerajaan.

hairan betul. Tapi pasal tu la org tak hairan spr parti komponen halimunan BN.

Saturday, December 18, 2010

Hasil perahan keringat negeri lain?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.

nota;

Tengok sarawak dan terutama sekali sabah, jalan raya masih teruk. Rakyat sabah berhak dapat jalan raya yang lebih baik hasih minyak sabah.

Hasil minyak sabah dan sarawak digunakan untuk bangunkan kl sahaja. Ini tidak adil!

Kami minta lebuh raya tapi bukan TOL.

Friday, December 17, 2010

Limpahan projek melimpahi DUN Tenang?

ADUN Tenang meninggal dunia.

PRK dijangka Januari 2011.

Kalau anda pengundi DUN Tenang apa yang perlu anda buat?

Minta jalan raya baru.

Minta Jambatan baru.

Minta sekolah baru.

Minta lah apa sahaja.

Anggaplah anda baru terjumpa lampu aladin.

Thursday, December 16, 2010

Kalau ada kuasa seperti dia......

Akan gunakan perkara 44 untuk gantung semua nama MP pr dengan hanya menyebut nama mereka sahaja.

Jangan ugut2 lagi. Kalau berani sebut je semua nama MP pr.

Barulah nampak kekuasaan SPEAKER terserlah.

Apa akan jadi dengan tv3 kalau...........

Pakatan rakyat membentuk kerajaan.

TF rasa pr tak akan tarik balik lesen TV3 kerana pr menghormati kebebasan media walaupun TV3 selalu mendedahkan kepada rakyat keburukan pr.

Nanti alih2 mereka pula mengampu pr. Tengo dan lihat saja.......

Cara terbaru untuk dapat majoriti 2/3?

Blok pembangkang ada 77. Kalau 4 YB disebelah digantung, maka kerajaan akan dapat majoriti 2/3.

Senanglah mereka untuk buat persempadanan semula. Ini kerana untuk ubah perlembangan (persempadanan semula) memerlukan sokongan 2/3 parlimen yang mereka akan dapat tak lama lagi.

Gantung saja mereka. Kalau boleh semua blok pembangkang digantung. habis cerita.

Lepas tu pakat-pakat kita berfikir. Adilkah ini?