Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Wednesday, October 27, 2010

monopoly


Ini ialah permainan monopoly

Ini pula syarikat tv berbayar yang tunggal.

kegiatan monopoli di negara ini telah menyebabkan ruang untuk syarikat lain turut menceburi sesuatu bidang seperti perkhidmatan televisyen berbayar menjadi sangat terhad.

"Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli tv berbayar ini dan menggalakkan persaingan, dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini demi kebaikan pengguna dan negara,"

nota;

TF bosan dengan monopoli syarikat ni, suka hati dorang jer nak naikkan bayaran.

Kami mau pilihan, kami mau persaingan.

Kenapa bagi satu syarikat jer? TF bagi contoh, dulu telokom saja yg monopoli syarikat komunikasi, tapi sekarang rakyat banyak pilihan dan tawaran harga yang murah.



Tuesday, October 26, 2010

TV3 suku, tolong siarkan berita ini

Pulau Pinang catat hasil paling tinggi

Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 million.

Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini. Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 bagi 2007.

Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah. Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.

Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan. Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

nota;

Jangan nati tv3 suku laporkan peningkatan ini berpunca dr judi.

Asyik2 hentam Pulau Pinang. Pasal tu lah digelar kaki bodek 3 suku

Syabas SPRM

Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu “secara statistik tidak signifikan”.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.

nota;

Bos sprm akan cakap ini semua hanyalah persepsi. Hanya Andaian sahaja.

Tahniah kepada sprm kerana berjaya MENINGKATKAN 'persepi' rakyat tentang rasuah

Syabas Datuk seri

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

nota;

Syabas. inilah yang dinantikan,

semoga kita memperolehi hidayah drp program ni

1malaysia! semua bangsa akan bersosial di pub.

yahooooooooooooooooooo

Monday, October 25, 2010

Lagi laporan audit negara

LAGI SATU PROJEK TIPU ORANG SABAH. KESIAN BUDAK2 KENA TIPU TAUKE BESAR

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

nota;

sudahlah miskin, kena tipu lagi,

sudah2 lah menipu rakyat,

dedahkan saja nama syarikat tu,

kami bukan setakat mau laporan sebaliknya ingin tindakan tegas diambil.

kenapa tak boleh?

pasal ada akta rahsia rasmi, jadi tak boleh dedah.

kah...kah...kah.... kena tipu lagi

Laporam audit negara

Pengimbas jutaan ringgit tersadai, kurang diguna

Jutaan ringgit dana rakyat dibazirkan oleh agensi kerajaan kerana sejumlah mesin pengimbas yang dibeli tidak digunakan sepenuhnya, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ini termasuk empat mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan MAX 3345 dan sebuah jenis Portal THSCAN HS 3000 yang dimiliki oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan ditempatkan di pejabat jabatan berkenaan di seluruh negara yang menelan belanja sebanyak RM 31.96 juta.

Semua mesin ini yang dibeli pada 2003 itu didapati langsung tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum oleh agensi kerajaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana kekurangan pegawai yang berpengalaman mengendalikannya atau disebabkan masalah teknikal.

Tiada justifikasi, beli tanpa kelulusan

Paling mengemparkan ialah pada 14 Januari tahun ini, Jabatan Kastam diberi kelulusan untuk melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatan penyenggaraan secara rundingan terus selama dua tahun untuk pengimbas jenis Mobile Rapidscan Max 3345 di Kompleks Kargo, Tanjung Puteri sedangkan ia tidak beroperasi sejak 2006 dan dalam proses pelupusan.

Anggaran kos kontrak penyenggaraan bagi tujuh mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan Max 3345 di seluruh negara itu berjumlah RM4.55 million.

"Pihak Auditor tidak dapat menentukan justifikasi pelanjutan tempoh kontrak berkenaan memandangkan Jabatan Kastam sedang menunggu keputusan pelupusan / dalam proses menjalankan kajian kesesuaian penggunaan semua mesin pengimbas tersebut," laporan audit itu dipetik.

Pihak Auditor juga mendapati sejumlah RM1.17 juta dibayar untuk penyenggaraan mesin pengimbas yang tidak beroperasi.

Berhubung pengimbas Soter RS yang bernilai RM1.48 juta yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA yang dibeli pada Ogos 2008 untuk menangani penyeludupan dadah, Laporan Ketua Audit Negara mendapati pembelian dibuat tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“(Pembelian tanpa kelulusan) dibuat berdasarkan keperluan mendesak bagi mengimbas kemasukan barangan bahaya seperti dadah yang berada pada tahap membimbangkan.”

Namun pengimbas itu tidak dapat digunakan sehingga Januari 2010 kerana pegawai Jabatan Kastam tidak mempunyai kepakaran bagi mengendalikannya.

Laporan itu juga mendedahkan sehingga 4 Februari tahun ini, pengimbas itu telah hanya digunakan untuk lapan kali.

Kesian org sabah

SABAH YANG DIPERINTAH BN SEJAK 1994 MERUPAKAN NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

nota:

kah..kah...kah...

kesian orang sabah....

sudahlah miskin, pti pun banyak....

silap2 pti yg ada ic projek jadi KM sabah......

baru kamu orang tahu......

kah..kah...kah