Blog ini bersifat bebas dan meliputi segala aspek kehidupan. Semua artikel bukan bertujuan menghasut cuma luahan peribadi. Gunakan akal untuk mentafsir sendiri. Jangan biarkan minda anda dijajah.

Saturday, October 2, 2010

bertambah lagi satu melayu bodoh

Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.

Ismail (kanan) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.

Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.

"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.

Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.

"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.

Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

nota:

Kenapa gaji tak pulangkan sekali.

Sebagai PA MP, TF rasa gajinya dibayar oleh kerajaan. Kalau tak pun MP yang bayar.

MP dapat gaji dr kerajaan. Dalam akaun kerajaan ada hasil cukai babi, cukai arak dan cukai judi.

Hipokrit betul lah. bagi balik sekali gaji.

Dah ramai melayu diperbodohkan.

Mana mufti-mufti lain, kenapa tak keluarkan fatwa. balik2 umno yg bagi fatwa.

Friday, October 1, 2010

Pulangkan! jika tidak anda munafik

YB Umno diminta pulangkan gaji wang

Seramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.

“(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak,” kata mereka ketika membacakan kenyataan media.

Menurut setiausaha PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.

Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.

“Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar,” kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.

Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.

Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Ia berikutan pendedahan oleh pemimpin Umno yang mendakwa bahawa wang berkenaan diperolehi daripada sumber perjudian.

Thursday, September 30, 2010

Jangan buat kerja bodoh

40 PULANGKAN WANG DIDAKWA HASIL JUDI – berita hairan


Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir.

nota;

LEPAS NI SURUH SEMUA ADUN, MP, SULTAN/RAJA, AGONG, MUFTI, KAKITANGAN KERAJAAN DAN SEMUA YANG DAPAT GAJI DARI KERAJAAN,

ANJUR SATU MAJLIS UNTUK MEMULANGKAN GAJI KEPADA KERAJAAN PUSAT KERANA KERAJAAN PUSAT JUGA MENGGUNAKKAN SUMBER JUDI, ARAK DAN JUDI UNTUK BAYAR GAJI.

TF HAIRAN KENAPA ADUN TU TAK BAGI BALIK GAJI YG DIA DAPAT? ITU PUN DARI SUMBER HARAM TU. NANTI SEMUA AMALAN TAK DITERIMA.

SATU LAGI PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU DARI UMNO

BANGANG PUNYA KERJA.

Wednesday, September 29, 2010

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam. "Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram. "Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain. "Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya.

Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan. Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman "Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan. "Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini. "Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri. "Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram. "Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan. "Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi. "Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya. Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom. "Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya. Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Tuesday, September 28, 2010

Yang ini Reezal Merican tak nak melalak ke?





reezal. minggu lalu bukan main hebat cet bercakap dan desak LGE jelaskan. Sekarang rakyat suruh cet jelaskan kenapa kerajaan pusat meluluskan judi dan kutip cukai judi untuk pembangunan negara.
Kenapa sampai sekarang cet tak jelas jelas pun!
Apa dah jadi dengan cet!, semput ke, takut ke, atau keana hentak UMNO senior ke, cet kena jelas jangan tak jelas.....malu aku.
Nii orang dok heboh harta berjuta2 cet dan keluarga tu, mai dari mana? jatuh dari langit ke, menang judi kat genting ke, kena loteri ke, rasuah ke, dapat PA ke, dapat projek berjuta2 ke, komisyen projek2 ke, titik peluh sendiri ke? itu kena jelas, jangan tak jelas...


KALAU CET TAK JELAS ITU BEMAKNA ADA MASALAH LAH TU...
LAIN KALI JANGAN DOK HENTAM ORANG SEMACAM AJE, FIKIR DULU, SEBELUM BERCAKAP. KALAU CET TAK CAKAP PUN ORANG TAK AKAN KATA CET NI BISU!!!
KAN NAIYA KENA BALAS SERANG ORANG LAIN...TAK LAYAK PUN CET JADI PEMIMPIN UMNO. TAK ADA PUN 0.1% GAYA CET DET TU. KENA BELAJAR LAGI CET.

Monday, September 27, 2010

satu lagi cara nak BODOHkan melayu

Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara dalam perhimpunan agung Umno bulan depan.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Oleh yang demikian, Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan dalam perhimpunan agung parti nanti, katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.

Jumaat lepas Dr Mahathir antara lain berkata orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara pada pilihan raya umum kelak.

Dr Awang yang juga timbalan menteri kewangan dan anggota Majlis Tertinggi Umno berkata isu itu sepatutnya diberi perhatian oleh seluruh orang Melayu kerana ia merupakan jatuh dan bangun orang Melayu pada masa hadapan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

nota;

Jangan bodohkan org melayu,
kalau nak bodoh, biar bodoh sendiri.
jangan ajak orang jadi bodoh.

Yang hilang kuasa ialah UMNO
Banyak lagi org melayu selain dr UMNO
47 thn sabah dan sarawak bergabung dlm malaysia
apa ada di sabah?
apa ada di sarawak?

Sudah-sudah lah tu,
Suruh rakyat berterima kasih,
Tapi itu tanggung jawab kamu,
Kalau tak boleh buat, banyak lagi orang lain boleh buat.

Tak sabar nak tunggu pru 13

Ini lagi satu melayu bodoh

Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.

Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.

nota;

Wahai org melayu (dlm gambar)
Kalau nak tau, semua gaji ADUN dan MP dibayar hasil wang yang disatukan dr sumber ARAK, JUDI, DAN BABI.

Kenapa kamu tak bising-bising pun makan duit tu?